Monday, April 16, 2018

Tinta Travelog Umrah 2 :KEMBARA ROHANI DI BUMI MADINAH



Bismillahirrahmanirrahim
Bismillahi Awaluhu Waakhiruhu
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Wasohbihi Wabarik Wasalim 'Alaih

Bersua kembali untuk hamba menyambung tinta travelog umrah ini..Sungguh inilah kenangan yang tidak mungkin dilupakan selamanya..






1.      KEMBARA ROHANI DI  BUMI MADINAH



 Alhamdulillah, kali ini Allah memberi peluang kepada saya berada dalam keadaan suci dan dapatlah

 saya menunaikan solat di Masjid Nabawi. Saya teringat pada ziarah umrah saya pada tahun lepas bersama

suami di mana saya ditakdirkan berada dalam Istihadoh sepanjang 5 hari di Madinah. (Panjang untuk

 diceritakan pengalaman kerohanian yang lepas) Namun saya menyaksikan, tahap redho saya pada waktu itu

 menyebabkan seorang Ustazah mengatakan saya nampak begitu tenang sedangkan jemaah wanita lain

 sangat risau dan sibuk menyuruh saya mengambil pil dan sebagainya sesampai di sana. Wallahi, inilah kesan 

dari belajar ilmu Syahadah. Semuanya dari Allah..ketenangan dariNya..Alhamdulillah.



Kami sampai sekitar jam 9 malam di Lapangan Terbang Madinah disambut dengan cuaca dingin 

sekitar 16 Darjah Celcius. Kami menaiki 2 bas dan saya menaiki bas pertama bersama 

Sheikh Dr Ismail Hj Kassim. Sepanjang perjalanan kami berselawat  dan kami pun ikut serta.

 Turun sahaja dari bas dan menjejaki tanah suci Madinah, kami berhenti sementara sambil 

menikmati kerinduan kepada  Rasulullah Sollahualaihiwasalam dengan memperbanyakkan salam dan

 selawat kepada baginda.Syukur kami diiringi linangan air mata  kesedihan dan kegembiraan. 

Allahu Allah, nikmatnya…




Sampai di lobi, ada sedikit ujian yang kami hadapi. Namun bagi saya itu lumrah. Mungkin juga saya 

tidak berada di tempat penganjur jadi lain perasaannya, tapi saya yakin semua ahlul Syahadah boleh 

menerima dengan tenang. Kami dijamu di sebuah bilik kecil (rupanya cara di situ, adalah mengambil 

makanan di situ dan makan di bilik masing-masing) Asalnya saya tidak berasa lapar (mungkin 

terkesan juga dengan situasi sebelum itu..) namun tiba-tiba datang perasaan bersalah, Ya Allah

 Engkau kurniakan kami rezeki di bumi KekasihMu..masakan hamba tidak menjamah. Saya pun 

terus berkongsi makanan dengan Aein pada waktu itu.



Hari-hari berikutnya, sungguh bahagia mempelajari dan mendengar  ilmu yang disampaikan oleh

 Yang Mulia Tuan Sheikh. Sehingga kini masih terbayang, masih terngiang suasana dan 

kenyamanannya. Lebih-lebih lagi apabila memutarkan semula CD Audio sekembali di  Malaysia, 

serasa roh masih berada di Bumi Madinah. Saat terindah juga apabila selama dua petang kami 

berhalaqah dengan Tuan Sheikh di tiang Al- Badar dan berqasidah di situ. Allahu Allah..Nikmat apa 

lagi yang hendak didustakan!!




Pada 19/2/17, kami bersolat di Masjid Nabawi. Malam itu adalah di mana kembara rohani saya 

bermula..


Insha Allah bersambung di paparan seterusnya..

Aamiin Ya Robbal 'Alamiin

0 comments:

Post a Comment