Tuesday, April 3, 2018

KEWAJIBAN ANAK KITA MENJIWAI ROH PERJUANGAN ANBIYAUL MURSALEEN..



BismillahirRahmanirRahim
Bismillahi Awaluhu Waakhiruhu
Assolatu Wassalammua'Alaika Ya Saiyidi Ya Khotamul Anbiyaiwal Mursaleen


ROH PERJUANGAN PARA ANBIYAUL MURSALEEN




Dahulu, saya memang minat membaca buku. Sejak kecil emak mengajar kami menulis dan membaca. Saya mula membaca kisah para Nabi Alaihissalam secara serius, dari baris ke baris, bab ke bab, buku berwarna hijau tua. Sewaktu itu umur saya 7 atau 8 tahun. Bagi kanak-kanak, ianya dikategorikan tebal dan agak berat kandungan bacaannya. Maklumlah, zaman itu belum ada ilustrasi yang pelbagai warna bagi kanak-kanak seperti buku sirah zaman sekarang. Apa yang berlaku, hanyalah membayangkan dalam aqal sahaja kisah-kisah itu. Seingat saya, buku itu saya pinjam atau diberi pinjam oleh jiran sebelah rumah yang kami sekeluarga sewa di Johor. 

Pastinya juga di zaman persekolahan, sirah para Nabi Alaihissalam diceritakan oleh para ustaz atau ustazah. Sudah menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam mempercayai,hafal dan tahu serba sedikit tentang kisah tersebut kerana terdapat dalam Rukun Iman tentang Percaya kepada Rasul.

Tidak lupa juga saya juga diajar nasyid bagi memudahkan 
penghafalan nama-nama Para Nabi dan Rasul Alaihissalam yang wajib diketahui. Cuma lagu Raihan di atas muncul setelah saya mengkhatamkan buku hijau itu. 




Beruntung anak-anak sekarang, bermacam cara persembahan atau ilustrasi buku-buku termasuk Video CD dan Audio bagi menarik minat mereka untuk mengetahui Kisah Anbiyaul Mursaleen Alaihissalam. Persoalannya, sejauh mana roh dari kisah tersebut meresap ke qalbu dan jiwa kita? Adakah semata-mata menarik ianya akan memberi impak mendalam? Tidakkah terfikir jika sesuatu yang diberikan masyarakat umum atas dasar mencari keuntungan semata ianya tidak akan dapat mencapai maksud sebenar?

Ya, cukuplah setakat itu :

  • Tahu Nama
  • Tahu kisah utama setiap daripada 25 Rasul
  • Tahu seruan para Rasul dan Nabi Alaihissalam kepada kaum masing-masing supaya "Jangan Menyembah Berhala atau patung yang digambarkan berupa ukiran batu besar.
  • Tahu Kisah Nabi Alaihissalam ini benar dan termaktub di dalam Al Quraan.
  • Tahu mendendangkan lagu 25 Rasul.

Ya, pengajaran setakat ini :

  • Para Nabi dan Rasul Alaihissalam insan pilihan yang diutus Allah!
  • Para Nabi dan Rasul Alaihissalam mempunyai pelbagai rintangan dasyat dalam menyampaikan seruan!
  • Para Nabi dan Rasul Alaihissalam kebiasaannya diikut oleh mereka yang jahil,fakir dan susah!
  • Para Nabi dan Rasul Alaihissalam ditentang oleh Raja yang zalim, pihak berkuasa yang sombong!
  • Para Nabi dan Rasul Alaihissalam ada yang dipenjara dan dibunuh!



Ya, saya akui :
  • Hanya sekadar membaca 
  • Hanya seronok mendendangkan lagu sambil mendodoikan anak di buaian.
  • Hanya itu sahaja peninggalan dari Para Nabi dan Rasul Alaihissalamyang boleh dibaca dari Sirah Nabawiyah 'Lengkap'
  • Hanya mengamalkan doa-doa Para Nabi dan RasulAlaihissalam yang didapati di dalam kitab dan Al Quraan dan berdoa mengikut nasyid itu.
Nawwir Qulubana Ya Allah
Saqolbi Rasulika Ya Allah
Terangkan hati (saya sebut nama anak) Ya Allah
Seperti hati RasulMu Ya Allah

Alhamdulillah..

Berkat jerih perjuangan Para Nabi dan RasulAlaihissalam terutamanya Nabi Muhammad Sollahu Alaihi Wasalam, dapatlah saya dilahirkan sebagai umat Islam, dapat memenuhi kewajipan tuntutan
5 rukun Islam yang diperintahkan Allah Subhanahu Wataala.


ULAMA' KONTEMPORARI 

Para Nabi dan Rasul Alaihissalam telah tiada zahir jasadnya..! 
Ya, kisah mereka telah berkurun lamanya..!

Namun masa kini terdapat ulama-ulama yang dikenali di Pondok-pondok, sekolah agama, Institusi Agama, yang zahirnya mempunyai ciri-ciri ulama' yang selalu membincangkan soal jawab dalam ibadah orang-orang Islam. 

Ada juga ulama' yang berbicara tentang perjuangan menegakkan  Islam! 

Ada yang menegakkan dengan cara berjuang melalui parti politik!

Ada yang menegakkan dengan cara berhikmah tidak kurang juga menyelitkan jenaka dalam bual bicaranya!

Ada yang menegakkan dengan cara bersama menyokong perjuangan orang-orang Islam yang tertindas di luar negara!

Ada yang berjuang dengan program-program remaja, cuti sekolah, musim haji dan lain-lain!

Ya, mengikut sijil, kelulusan, bidang kepakaran dan pangkat tidak kurang pengalaman yang mereka perolehi di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara!

SATU TUJUAN --------- MENCARI REDHO ALLAH
(Namun Ianya Bergantung NIAT masing-masing kerana Allah Maha Mengetahui apa yang yang kita sembunyikan dari orang lain)

Saya mengikut dan mendengar nasihat dari semua ulama-ulama tersebut 'tanpa was-was'...

NAMUN, TELAH DITAKDIRKAN.......

PERNAH DENGAR TENTANG 

WARIZATUL ANBIYA'?

Sheikh Dr Ismail Kassim tidak sesat

Saya dibesarkan dengan lagu nasyid Nada Murni secara tidak sedar...

Ulama' pewaris Nabi

Beribadah banyak sekali

Akhlak baiknya ketara sekali

Dia jadi bunga diri [2x]



Pemurahnya laksana air yang deras

Tawaddu'nya menyejukkan hati

Kasih sayang nampak di wajahnya

Dia hidup sederhana


Dia bercakap dari hati
Bukan dari hobinya sendiri
Bukan kerana pangkat yang rasmi
Bukan kerana jawatan yang tinggi

Dia menasihati manusia yang di atas dan di bawah
Yang berkuasa dan rakyat jelata
Kasihan kepada yg jahil
Ingin mendekati untuk dibaiki
Dia marah tidak ketara
Beraninya luar biasa kepada sesiapa sahaja

Diri keluarga contoh masyarakat
Pimpinannya kepada umat
Mengingatkan tipu daya dunia
Cintakan kepada akhirat

Berfatwa sungguh berhati-hati 
Memfitnah jauh sekali
Dihormati oleh semua segenap lapisan masyarakat
"Kecuali yang hasad dengki dan munafik di zaman ini"
Dia ditakuti yang punya cemeti 
kerana cakapnya diikuti

Mungkin dari sinilah juga Allah persaksikan keinginan nurani diri cenderung untuk mendekati para Warizatul Anbiya'. Sehingga satu tahap, ada sesuatu yang tidak kena dengan ulama kontemporari yang menyebabkan hati dalam saya berbisik, "Siapa ulama sebenar ye? Yang mana satu dari ramai-ramai di Malaysia ni? Sehinggakan saya mula beralih ke ulama'-ulama' luar negara bagi mendapat ilmu dan mungkin dalam penyaksian diri mencari JAWAPAN dari PERSOALAN di atas..

dan.....ALLAH MENJAWAB.....

CARI GURU!!

Guru yang sama kita ikuti pengajiannya,
Guru yang sama kita pergi ikut ke mana sahaja beliau berada,
Guru yang kita sebagai murid mendatangi, bertalaqi, bukan guru datang kepada murid!


Ya..

Dalam proses pencarian guru sebenar, saya sanggup membawa keempat-empat anak saya ke masjid-masjid walaupun waktu malam... Tiada penat, saya seronok dalam keadaan hanya ALLAH ynag MAHA MENGETAHUI apa yang berada dalam hati ini!
Waktu itu, anak saya yang paling kecil berumur 3-4 bulan.

Namun bila terkenang kembali, walau tidak hingga menitiskan air mata, itulah kesyukuran yang paling hendak dilaungkan ke seluruh Alamiin ini apabila GURU yang saya jumpa itu adalah daripada pewaris Nabi-Nabi!!

Dan yang paling tepat ialah......



Guru yang sama mengajar saya 
IMAN, AQIDAH dan TAUHID 
KALIMAH LAILAHAILLALLAH
KALIMAH MUHAMMADUR RASULALLAH 
(Sollahu Alaihi Wasalam)



Pernah dengar kisah dari Nabi Musa Alaihissalam..Kisah pencarian baginda tentang mendalami ilmu Kalimah LailahaillAllah!




Warizatul Anbiya' adalah pewaris Nabi-Nabi yang sehingga kini masih ada dan membawa mesej paling penting untuk seluruh umat!

Bagaimana kita tahu?? 
ALLAH MAHA MENJAWAB SOALAN KITA SEMUA!
AAMIIN.


ROH PERJUANGAN ANBIYAUL MURSALEEN ADA BERSAMA KALIMAH LAILAHAILLALLAH


وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada ILAH melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku". 
(Surah Al Anbiya'25 :21)


Guru rohani, ulama' yang sebenar ialah para Auliya' Allah yang mempunyai 

ROH !
DARAH !
NADI !
SEMANGAT !
CINTA !
PERJUANGAN !

MENEGAKKAN KALIMAH SYAHADAH SEBENAR 
YANG DIBAWA OLEH...

  • 124 000 PARA NABI & RASUL ALAIHISSALAM
  • RASULALLAH SOLLAHU ALAIHI WASALAM
  • AHLUL BAYT RASULALLAH SOLLAHU ALAIHI WASALAM
Sheikh Dr Ismail Kassim tidak sesat


Apabila anda bertemu dengan guru rohani anda, setelah anda mendirikan solat istikharoh, menyerahkan keyakinan anda kepada Allah, anda akan merasakan seperti DILAHIRKAN SEMULA!
Mula mengenal apa erti KALIMAH SYAHADAH yang Sebenar..

Lautan Ilmu kalimah Lailaha illAllah 
Lautan Hikmah kalimah Lailaha illAllah 
Lautan Hakikat kalimah Lailaha illAllah
Lautan Ma'rifat kalimah Lailaha illAllah

Sheikh Dr Ismail Kassim Tidak Sesat

Sheikh Dr Ismail Kassim Tidak Sesat

Baru saya benar-benar yaqin dengan ilmu yaqin, mengapa ramai golongan semasa zaman para Nabi dan Rasul Alaihissalam tidak mengikut, malah memfitnah, menghalau, mencerca insan-insan mulia utusan Allah itu..!!

Bukan sebab 'PATUNG YANG TIDAK BERNYAWA ITU' 
atau dengan erti kata mudah faham "TUHAN tu"
Bukan!Mereka bukan sebodoh itu tidak tahu membezakan
'PATUNG' itu yang tidak BOLEH BERBUAT APA-APA! 

TAPI...



MEREKA


KITA SEMUA

TERMASUK SAYA!!
TIDAK KENAL ILAH....

dalam kalimah Agung LA ILAHA ILLALLAH

ILAH terjemahan bukan TUHAN
ILAH tidak boleh diterjemahkan
ILAH nama KHAS


Sebab itu wahai diri, belajarlah, carilah apa erti ILAH yang HAQ! Kerana tanpa pemahaman memang saya yakin, TIDAK HAIRANLAH mengapa manusia TIDAK MENERIMA ILAH , dikatakan ilmu baru, kerana sayang sebenarnya kita tidak sedar telah lama agenda musuh mengaburkan perkataan ILAH dengan TUHAN dan GOD!!


وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Hanya milik Allah Asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna (Nama yang Baik) itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut menggunakan nama Tuhan mengganti ILAH) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. 
(Surah Al Araaf 7;180)

Sheikh Dr Ismail Kassim Tidak Sesat



Saya akhiri perkongsian kali ini dengan harapan agar kita dan semua anak kita , mendapat roh perjuangan sebenar dan dipandu Allah ke jalan Sirothol Mustaqeem. Semoga kita dikurniakan dan mengetahui di sebalik MAKSUD SEBENAR Perjuangan Fisabillah Para Nabi dan Rasul Alaihissalam iaitu penghayatan tentang ilmu dan amalan Kalimah Agung Allah, LailahaillAllah yang telah disampaikan dari dulu sehingga kini untuk DITEGAKKAN dalam diri sendiri dahulu yang paling utama. 



Yakinlah! Masih wujud, hanya tinggal, diri mengambil peluang atau melepaskan peluang keemasan!! Saya amat yakin dengan ayat ini setelah mula belajar ilmu Kalimah LailhaillAllah!!

قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

108. Katakanlah: "Inilah JALANKU, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".

Aamiin Ya Robbal Alamiin

0 comments:

Post a Comment