Wednesday, March 28, 2018

Terima Kasih Ya RasulAllah ﷺ, Terima Kasih Ya Allah...Terima Kasih






RAYUAN TINTA PENCINTA RASULALLAH




Ya Nabi Salam ‘Alaika  Ya Rasul Salam Alaika
Ya Habib Salam ‘Alaika Solawatullah Alaika…
Anta Syamsun Anta Badrun Anta Nurun Fauqo Nuri
Anta Ikthiruwwagholi Anta Mishbahus Suduri


Ya RasulAllah  Ya HabibAllah Ya Rahmatan Lil Alamiin

Demi umatmu yang disayangi

Sungguh-sungguh hamba bersyukur atas kurniaan Syahadah ini..

Hamba menyaksi perjuanganmu..

Hamba menyaksi pedih lukamu..

Hamba menyaksi jerih lelahmu..

Namun hamba menyaksi bukan itu menjadi penghalangmu

Asyhadu Anna Muhammadar RasulAllah

Ya RasulAllah Ya HabibAllah Ya Rahmatan Lil Alamiin

Demi umatmu yang dirindui

Sungguh-sungguh hamba benar ingin menyaksimu selalu

Di dalam cahaya qalbu

Di sebalik cahaya roh

Di dasar cahaya sirr

Asyhadu Anna Muhammadar RasulAllah

Ya RasulAllah Ya HabibAllah Ya Rahmatan Lil Alamiin

Demi umatmu yang dikasihi

Sungguh-sungguh hamba benar memohon izin untuk bersamamu selamanya

Di alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat

Menyaksi Ilah, menyaksi Robb, Menyaksi Robbul Alamiin 

Menyaksi Allah Subhanahu Wata’Ala di 

Jannah Milik Allah..

Asyhadu Anna Muhammadar RasulAllah

Ya RasulAllah …Ya HabibAllah ..Ya Rahmatan Lil Alamiin

Demi umatmu yang dicintai

Sungguh-sungguh hamba memohon ampun dan maaf 

atas kedhaifan diri

Cemburu hamba kerana Sayang

Seksa hamba kerana Rindu

Pedih hamba kerana Kasih

Penantian hamba kerana Cinta

Asyhadu Anna Muhammadar RasulAllah

Ya RasulAllah

Tiadalah ‘Alamiin ini demi untuk memiliki sayangmu..

Tiadalah ‘Alamiin ini demi untuk menjejaki rindumu..

Tiadalah ‘Alamiin ini demi sebagai tanda kasihmu..

Tiadalah ‘Alamiin ini demi sebagai mercu cintamu..

Asyhadu Anna Muhammadar RasulAllah

Ya HabibAllah

Indah wajahmu seumpama cahaya bulan

Sirna sentuhanmu seperti cahaya mentari

Redup wajahmu semacam hening subuh

Harum segarmu seolah bayu di laman

Asyhadu Anna Muhammadar RasulAllah

Ya Rahmatan Lil ‘Alamiin

Getaran titis hujan itu mencurah dari cinta dan rindu

Gemersik alunan merdu itu bernada dari kasih dan sayang

Gugusan bintang langit itu terpancar dari Cinta Robbmu

Gelombang samudera lautan itu terdasar dari Cinta Ilahmu

Asyhadu Anna Muhammadar RasulAllah

Asyhadu Anna Muhammadar RasulAllah

Walau hanya sekadar lafaz yang palsu..

Walau masih dusta tinta penyaksian ini

Walau terus buta renung mata hati ini..

Jauh di sudut hati ini, hamba benar-benar ingin menyaksimu

Hanya itu bahagiaku..

Hanya itu pintaku..

Gantikanlah rayuan ini dengan jaminanmu

Wahai kekasih Allah..

Izinkanlah...

Doakanlah..

Syafaatkanlah…

Pandanglah..diri yang hina ini..

Isyfaklana Ya RasulAllah
Unzurhalana Ya HabibAllah ..

Huz Biyadi Ya Habibi

Ya Ilahi Ya Allah..Ampunkanlah dan rahmatilah umat baginda

Ya RasulAllah ﷺ terimalah penyaksian ini

Ya RasulAllah ﷺ redhoilah penyaksian ini

Ya RasulAllah ﷺ saksikanlah penyaksian ini

Demi UMATMU…


Assolatu Wassalammu Alaika Ya Saiyyidi Ya RasulAllah ﷺ


Assolatu Wassalammu Alaika Ya Saiyyidi Ya HabibAllah ﷺ

Assolatu Wassalammu Alaika Ya Saiyyidi Rahmatan 

Lil Alamiin ﷺ

Assolatu Wassalammu Alaika Ya Saiyyidi Ya NabiAllah ﷺ


Assolatu Wassalammu Alaika Ya Saiyyidi Ya Khoiral 

Kholqillahﷺ

Assolatu Wassalammu Alaika Ya Saiyyidi Ya Nur Allahﷺ


Assolatu Wassalammu Alaika Ya Saiyyidi Khotamul 

Anbiyaiwal Mursaleen ﷺ


Aamiin Ya Robbal ‘Alamiin…

Aamiin Ya Rahmatan Lil ‘Alamiin

0 comments:

Post a Comment