Sunday, March 25, 2018

Tinta Travelog Umrah 1 : Sebelum Berangkat ke Tanah Suci Madinah




TRAVELOG KEMBARA SYAHADAH


 UMRAH 2017


‘PERADABAN TERTINGGI KEPADA ALLAH

 SUBHANALLAHU WATAALA

 DAN RASULULLAH 

SOLLAHUALAIHIWASALAM’


      SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI


     Alhamdulillah, apabila pengumuman awal dibuat oleh Ummi untuk menunaikan umrahbersama Tuan Sheikh Dr Ismail Hj Kassim (SDIK) dan jemaah Perahmat, saya tidak berfikir panjang kerana itulah hasrat saya sejak pertama kali menyertai Jemaah Perahmat (pada bulan Oktober 2015) Allah telah beri peluang menghantar mereka di KLIA pada Disember 2015. Jadi, perasaan itu terbawa-bawa sepanjang masa. Lebih-lebih lagi perkongsian sahabat-sahabat tentang betapa bermaknanya menunaikan umrah bersama guru mursyid menjadikan saya mempunyai keinginan yang amat tinggi.

Saya juga amat berterima kasih kepada ibu bapa, adik beradik saya kerana mereka menolong saya untuk menjaga anak-anak saya walaupun pada hakikatnya Allahlah yang menjaga mereka sepeninggalan saya ke Tanah Suci . Tidak lupa juga kepada staf-staf saya yang menjalankan tugas mengendalikan perniagaan saya dengan baik. Hanya Allah yang membalasnya.

Sehinggalah sehari sebelum diarahkan berkumpul,baharulah saya mengemas pakaian sekadar yang perlu. Kami berkampung di sana dari hari Rabu hingga Jumaat.

Sebelum berangkat sempat saya menghantar satu status di dalam Facebook yang menggambarkan betapa keinginan merasai kerohanian yang tinggi berada di Tanah Suci Madinah Al Munawwarah samada bersedia atau tidak, serah sahaja kepada Allah.

Status itu berkaitan dengan pesan YM Tuan Sheikh agar memperbanyakkan selawat dan salam sepanjang perjalanan hingga sampai dan berada di Madinah. Terutamanya 7 Salam 




Salam Kasih

Salam Sayang

Salam Cinta

Salam Rindu

Salam Syahadah

Salam Jumaat

Salam Wahai Kekasihku


#Salam Buatmu


#Selawat Buatmu


Ya Rasulullah Sollahualaihiwasalam.


Terdapat satu peristiwa yang menyentuh hati berlaku di kaunter ‘Check-in’ apabila sahabat dari Aceh tidak dapat menyertai kami disebabkan masalah tertentu. Berat mata memandang lagi berat lagi bahu yang memikul, tidak mampu jika saya berada di tempat beliau. Namun, sesungguhnya Allah pasti menguji keimanan setiap dari kita secara kita sedar atau tidak mengikut kadar kemampuan beserta kasih sayangNya. Dan sesuatu yang berlaku itu juga adalah untuk kita bersyahadah ke atas semuanya.

Sepanjang perjalanan saya duduk bersebelahan dengan suami di kanan saya. Bercampur rasa ini dan saya juga sukar melelapkan mata kerana terbayang-bayang Kota Suci Madinah yang akan diziarahi. Saya lebih banyak mendiamkan diri sambil mengamalkan selawat, salam dan doa untuk umat.

Bersambung di Tinta Travelog Umrah 2..



Aamiin Ya Robbal 'Alamiin


0 comments:

Post a Comment