Sunday, March 25, 2018

Ilmu Bermanfaat terdapat pada ilmu La ilaha illAllah

Ilmu La ilaha illAllah Ilmu Paling Bermanfaat

Bismillahirahmanirahim
Allahumma sholli ala sayyidina muhammad waala alihi wabarik wasallim
Fa'lam annahu لا اله الا الله (QS 47 :19)

Lanjutan dari entri sebelum ini Tanpa Syahadah Tiada Iman, hamba ingin menyambung sedikit perkongsian untuk kita sedar kepentingan mempelajari rukun islam pertama.

Sebelum itu, kita ambil contoh mudah daripada pengalaman rutin seharian penuh hikmah bahawa keyakinan bermula dari ilmu. Tanpa ilmu tak mungkin wujud keyakinan.

Eksperimen ini sahabat semua boleh lakukan pada anak-anak.


Ayah: Asyraf 5 X 2 berapa?
Asyraf: aa... (diam berfikir seketika)
Ayah: sepuluh... (dengan pantas Ayah nya tolong jawabkan)

Kemudian Ayah menanyakan soalan sama kali kedua

Ayah: Asyraf 5 X 2 berapa?
Asyraf: Se..pu..luh (dengan kelajuan sederhana)

Dalam beberapa saat kemudian Kali ketiga Ayah menanyakan soalan sama.

Ayah: Asyraf 5 X 2 berapa?
Asyraf: Sepuluh (sangat pantas dari sebelum ini dia menjawab)

==============

Dari contoh ini mengapa kadar kepantasan sebutan berubah dengan menggunakan soalan yang sama? Dari tak tahu kepada tahu, sederhana dan seterusnya lebih pantas.

Pengulangan perkara yang sama dapat meningkatkan ketajaman ingatan. Dan seterusnya dapat meningkatkan tahap index keyakinan seseorang.

Iklan... Kita layan kejap konfiden level orang yg selalu buat kerja yang sama berulang kali.

Allah.. Allah... MasyaAllah La quwwata illa Billah.




Ok sambung semula....

Anak2 mungkin tanya ibu bapanya buat apa belajar sifir ni ibu ayah? sebagai ibu bapa yg perihatin terhadap anaknya pasti akan menerangkan kegunaannya dan kepentingan.. Contoh kalau mereka nak berurusan jual beli di kantin sekolahke. Dan pelbagai manfaat lagi ibu bapa itu akan terangkan.


Dari cerita ini kita bahagikan kepada 2 point penting
Tajuk: ilmu sebutan sifir = 5x2=10
Isi: ilmu tentang kegunaan, manfaat sifir =  contoh beli jajan dikantin sekolah.

Keduanya perlu ilmu, kalau hanya ajar anak sebut sahaja tiada manfaat bagi mereka. kalau ajar manfaat sahaja tanpa sebutan pon tiada keperluan pada mereka. keduanya perlu digabungkan baru menjadi ilmu yang bermanfaat.

Apakah Seafdal-afdal Ingatan?

Itu kalau kita ajar anak pada ingatan pada aktiviti harian dunia. Kalau ingatan kepada Allah bagaimana pula? Apakah cara paling terbaik nak mengingati Allah? Hadis pendek yg selalu kita dengar ini menjawab persoalan dengan tepat.


Ajari Ilmu Bermanfaat

Tidak hairanlah nabi mulia  ﷺ   ada mengingatkan kepada umatnya yang bergelar ibu bapa supaya ajarkan kepada anak mereka ilmu kalimah La Ilaha IllAllah. Bukan hanya sebutan la ilaha IllAllah. Kalau hanya sebutan La ilaha illAllah walau sejuta kali sebut selama setahun tanpa henti... Ingat! kita hanya mengajarkan mereka tajuk sahaja seperti contoh diatas. Anak mungkin xde minat nak sebut tiada manfaat.



Tapi apa pula manfaat mempelajari ilmu la ilaha IllAllah kalau anak-anak tanya? Sudah tentu Ibu bapa wajib belajar dulu, merasai pengalaman dahulu, merasai manfaat dahulu.. Jika Tidak. Apakah mungkin ibu bapa dapat menceritakan manfaat kepada anak seperti ilmu sifir tadi. Ibu bapa menceritakan pelbagai manfaat ilmu sifir hanya kerana sudah merasai, berpengalaman. Manfaat La ilaha illAllah?

Sewajibnya ilmu tentang ILAH dari lautan Kalimah La ilaha ilAllah ini dipelajari dari semua peringkat tak kira kita ibu bapa, anak-anak, pelajar, orang tua, orang muda, orang miskin, orang kaya, ustaz, mufti, bahkan orang kafir sekali wajib pelajari kalimah syahadah ini.

Kerana perintah ini sebenarnya sudah ada dalam perjanjian kita semasa dialam roh sebelum kita semua diturunkan ke bumi dahulu.

InsyaAllah cukup pada kali ini. Carilah ilmu Laa ilaha IllAllah. Pelajarilah, menyaksi kuasa ILAH setiap saat. Mudah2an keimanan kepada ILAHUN WAHID akan terus meningkat..

Peringatan ini untuk Hamba juga... Amin...

0 comments:

Post a Comment