Wednesday, March 28, 2018

Wahyu kepada Seluruh Para Anbiyaul Mursaleen : SYAHADAH!!

124000 para anbiya diwahyukan Syahadah LailahaillALLAH

Bismillahirrohmanirrohim
Ya Salam Ya Allah
Dalam bertafakur tentang kisah para nabi dan Rasul ALLAH, pernah saya terfikir, apakah yang dibawa oleh setiap para Nabi, sehingga mereka dilantik sebagai Nabi?
Sefaham kita, ada 25 para Rasul Allah, yang wajib kita ketahui, dan kisah mereka berserta mukjizat yang sebahagiannya ada disebutkan dalam Al Quran. Namun apabila kita belajar, hanya ada empat ( 4 ) buah kitab diwahyukan sahaja, iaitu:
  1. Kitab Zabur,
  2. Kitab Injil,
  3. Taurat dan
  4. terakhir sekali adalah Al Quran, untuk kita umat Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasalam.
Jadi, bagaimana para Nabi yang selebihnya? Kitab apakah yang menjadi pegangan mereka?
sanad Sheikh Ismail Kassim
Al Quran pegangan hidup akhir zaman
Saya ingat lagi, semasa di sekolah, ketika cikgu menerangkan, beza maksud nabi dan Rasul Allah. Cikgu menyebut, para nabi diwahyukan hanya untuk diri mereka, tetapi tidak wajib disebarkan. Manakala para Rasul ALLAH wajib berdakwah menyebarkan kepada kaum mereka agar beriman kepada ALLAH.
Jadi apakah yang diwahyukan kepada para nabi, untuk beriman kepada ALLAH?
Dari segi amalan dan hukum seperti solat, puasa sememangnya berbeza antara setiap umat. Namun yang tetap sama dan tidak akan berubah, sejak dari Nabi Adam alaihissalam sehingga kepada Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasalam adalah cara beriman kepada ALLAH.
Jadi ilmu apa yang perlu kita pelajari, yang sama diwahyukan kepada setiap para nabi dan Rasul ALLAH, agar kita beriman? Jawapannya, rujuk surah Muhammadﷺ ayat 19 dan Surah Ambiya ayat 25 di bawah. Perhatikan, apakah yang sama bagi kedua-dua ayat tersebut.
Saya kongsi sebahagian artikel dari sebuah risalah bertajuk, 10 persoalan terjawab dengan Syahadah LailahaillALLAH.
Rezeki tersekat ? dah kenal ALLAH dekat baru jumpa  REZEKI dan segala yang dicari.***********
Sebenarnya menyelongkar kisah para anbiya’ yang terkandung di dalam al-Quran, semuanya berkait dengan kefahaman, ketauhidan, dari pembelajaran ilmu Lailahaillallah.
Firman ALLAH dalam Surah Muhammad ayat 19, Pelajarilah(ketahuilah dengan pengetahuan), sesungguhnya tiada ILAH melainkan ALLAH..”
Dari segi hukum, cara beribadat (solat, puasa) umat para Rasul Allah di setiap zaman adalah berbeza. Namun dari sudut ketauhidan, aqidah, iman, maka ilmu Lailahaillallah yang diwahyukan oleh ALLAH adalah sama diutus kepada setiap rasul ALLAH, sebagaimana firman-Nya, surah Anbiya’ ayat 25, ALLAH berfirman,
“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan (segala intipati, rahsia, keajaiban, maksud, ilmu kefahaman) kepadanya, “Bahawa sesungguhnya tiada ILAH melainkan AKU, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu.”
LailahaillALLAH bermakna Tiada ILAH melainkan ALLAH, manakala
LailahaillaANA bermakna Tiada ILAH melainkan AKU (ALLAH).
Ilmu syahadah Lailahaillallah Muhammadur rosulullah, adalah merupakan ilmu amalan rukun Islam Pertama yang Rasulullah sollallahualaihiwasallam dakwahkan selama 13 tahun. Ilmu ini adalah manhaj 124,000 para anbiya ulmursalen. (para nabi-nabi)
adab jawi
Ilmu Lailahaillallah yang sangat beradab apabila kita mahu mempelajarinya. Ilmu ALLAH, ilmu Lailahaillallah yang kini diteruskan perjuangannya oleh ahlul bait ( ahli keluarga, Rasulullah Sollallahualaihiwasallam).
Hadis mutawatir yang banyak jalur sahabat meriwayatkannya. (Sahih Muslim, Tirmizi, An Nasa’I, Tabrani, Musnad Ahmad, Tahawi dan lain-lain) – Hadis Sahih Muslim, Zaid bin Arqam berkata Rasulullahﷺ bersabda, “Amma ba’du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah hamba ALLAH. Utusan Robbku (Malaikat maut) hampir tiba dan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan pada kalian Ath-thaqalain (dua bekal berat). Yang pertama adalah (al Quran), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Maka AMALKAN dan berpeganglah padanya dan Ahlul-Baitku. Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku.”
Ilmu Lailahaillallah, yang perlu disebarkan bagi menanam iman buat umat akhir zaman. Ilmu La ilaha illallah yang pernah saya terdengar, Portugis (Yahudi) datang menjajah, menukar ilah lalu diterjemah kepada tuhan.
Sheikh dr Ismail Kassim membawa sanad 124000 para nabi dan rasul Allah
Apakah Niat tersembunyi Portugis (Yahudi) ke Tanah Melayu?
Ilmu Lailahaillallah, yang akhirnya kebanyakan para nabi, sahabat, ahli keluarga baginda nabi ﷺ, dibunuh, disebabkan mereka memperjuangkannya.
Firman Allah, Surah al-Baqarah ayat 91, “Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad ﷺ)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?”
moosa and ocean
Dulu sebelum belajar tentang syahadah ilah dari kalimah Lailahaillallah, saya hanya mendengarkan, kisah (disebut di atas) di sebalik sebab penjajahan Portugis. Namun, sekarang bila memahami sendiri tentang ILAH, maka saya sangat membenarkan, mengapa Portugis (Yahudi) cuba menukar, perkataan ILAH seiring, mahu menyembunyikannya.
Lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah, “Tiada Ilah melainkan ALLAH”. Sungguh besar keajaiban kalimah-Nya, jika dipelajari dengan ilmu penyaksian (syahadah). Maka barulah faham, apa sebenarnya yang menyebabkan karamah itu berlaku, bagi para auliya’ , wali-wali ALLAH yang sudah sangat syuhud (mendalami syahadah, penyaksian).
***********
Apabila saya mempelajari tentang ILAH dari kalimah LailahaillALLAH, tidak terkejut mengapa bani Israel mencemburui Rasul ALLAH. Tidak terkejut mengapa mereka yang tidak mempelajari, hanya mendengar berlebih kurang, tanpa mengosongkan diri, tanpa penyerahan kepada ALLAH, memfitnah semua para Rasul yang membawa kalimah iman ini.
Ilmu ILAH yang sangat mahal, ALLAH sembunyikan dari mereka yang ego, angkuh, sombong, yang menganggap diri pandai dan tidak mahu mengenal ALLAH.
Saya tidak terkejut, mengapa Rasul ALLAH, para nabi, para warizatul anbiya (pewaris para nabi), ahlul bait, sanggup dicerca, difitnah, dikeji semasa memperjuangkan ilmu LailahaillALLAH ini. Manis, nikmat sungguh ilmu ILAH dari kalimah LailahailLALLAH ini, walau dicerca sekalipun.
mangga garam asam
Begitulah semangat perjuangan yang turut berlaku kepada Sheikh Dr Ismail Kassim. Beliau tetap akan perjuangkan ilmu kalimah LailahaillALLAH, mengenal ILAH sampai mati, walau dituduh sesat.
Saya tidak kejut, mengapa di zaman jahiliyah, orang agama, mufti, rasa tercabar apabila mereka tidak tahu tentang ilmu ILAH ini. Sangat penting ilmu iman dari kalimah LailhaillALLAH, bagi menghadapi zaman fitnah Dajjal.
Sangat penting ilmu kalimah LAilahaillALLAH ini perlu diaplikasikan, apabila datangnya kemarau, sewaktu Dajal hadir. Sangat penting dipelajari dari sekarang, saat bersedia turunnya kabut 40hari sebelum kedatangan Imam Mahdi. Sangat penting! Wallahi.
TAFAKURLAH! Mengapa semua mukjizat ada di dalam al-Quran, sedangkan Al Quran untuk kita umat akhir zaman?
Semoga setiap orang Islam yang membaca risalah ini, dapat bertafakur memohon petunjuk hidayah-Nya sedalam-dalamnya, menyahut perintah-Nya untuk mula mempelajari ilmu Lailahaillallah. Bertafakur, mengapa para nabi sanggup dibunuh, dikeji dihina, dituduh sesat, difitnah. Sangat benar, sunnatullah. Sesiapa yang membawa kalimah LailahaillALLAH akan mengharungi apa yang 124000 para nabi dan Rasul ALLLAH lalui.
Sungguh jauh kalian, para ustaz sekarang dari ilmu iman ini.
Jadi, sangat wajib kita pelajari ilmu LailahaillALLAH. Ilmu, teknik,  amalan yang membawa kita beriman yakin kepada ALLAH, dengan sebenar-benar RASA. RASA, seumpama ketika disajikan buah mangga dengan garam, walau belum makan kita sudah RASA terliur dan kecur. Namun bagaimana dengan kalimah LailahaillALLAH? Adakah dengan menyebut kalimah itu, kita sudah meRASAkan sesuatu? Jika tidak mengapa??
Wassalam.

0 comments:

Post a Comment