Sunday, March 25, 2018

Amalan Sunnah : Apa Rahsianya??

Rahsia Amalan sunnah Utama Mampu Meningkatkan Produktiviti Seorang Mukmin

Amalan sunnah seperti memakai pakaian, makanan satu perkara biasa kita dengar. Namun, jarang kita dengar amalan sunnah nabi mulia Sallallahu Alaihi Wasallam amalkan yang satu ini diberi penekanan. sebenarnya amalan ini terbukti berkesan mampu meningkatkan produktiviti sebagai seorang mukmin.

Sebelum kita ulas lanjut tip rahsia amalan sunnah ini, amalan ini tidak akan berkesan tanpa patuh pada perintah Allah surah Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 47 ayat 19. Kerana semua tips ini ada kaitan sangat rapat dengan ilmu pengetahuan tentang ilah. Carilah, pelajarilah, tuntutlah.

 فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah
(QS Muhammad 47:19)


Sebelum itu kita hayati pesanan Ini untuk orang beriman  yang diperintahkan oleh Allah SWT:

 يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اذْكُرُوْا اللّٰهَ ذِكْرًا كَثِيْرًا
"Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingatiNya sebanyak-banyaknya,"
(QS. Al-Ahzab 33: Ayat 41)

 فَاِذَا قُضِيَتِ الصَّلٰوةُ فَانْتَشِرُوْا فِى الْاَرْضِ وَابْتَغُوْا مِنْ فَضْلِ اللّٰهِ وَاذْكُرُوا اللّٰهَ كَثِيْرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ
"Apabila sholat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung."
(QS. Al-Jumu'ah 62: Ayat 10)


Adakah Nabi Mulia  ﷺ sentiasa berzikir mengingati Allah 24 Jam? 



Di dalam alam ini tiada seorang manusia pun yang melebihi agung amalannya dari nabi ﷺ. Ada juga yang cuba menfitnah seperti Daie Allah Sheikh Dr Ismail Kassim membawa ajaran baru dan sesat Zikir Mengingati Allah 24 jam. Mereka mendakwa mana nabi mulia Sallallahu Alaihi Wasallam buat.

 Dari Aisyah radiAllahuanha, ia berkata
"Nabi ﷺ sentiasa mengingati Allah setiap masa"
(HR. Muslim)

Dikejar Tidak Kesampaian

Dalam sebuah hadis RasulAllah ﷺ bersabda tentang rangka kehidupan harian kita bermula pada waktu seawal pagi.. Apakah yg difikirkan? Dunia, kerja, makan, wang, apa saja. Jadi, penentuan fikiran dipagi hari sangat memberi impak kepada kehidupan seharian. Apa yang dikejar-kejar tidak akan kesampaian jika kita mengabaikan hak Allah dalam diri kita setiap hari. Apakah hak itu? sama2 kita fikirkan

 Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam  bersabda :
“Barangsiapa yang bangun di pagi hari namun hanya dunia yang dipikirkannya, sehingga seolah-olah dia tidak melihat hak Allah dalam dirinya, maka Allah akan menanamkan 4 (empat) penyakit dalam dirinya:
Kebingungan, yang tiada putusnya;
Kesibukan, yang tidak ada ujungnya;
Kebutuhan, yang tidak terpenuhi; dan
Keinginan, yang tidak tercapai.”
(HR. Ath Thabrani).

Sepertimana kata buya hamka yang agak sinis tentang kehidupan ramai manusia hari ini.



1. Mulakan dengan Bismillah 


Ayat ni kita biasa dengar. Kadang kalau kita pelawa orang makan biasanya trend sekarang mereka menjawab "bismillah.. Bismillah". Namun penggunaan bismillah ini bukan sahaja pada makan tetapi merangkumi segala sesuatu aktiviti. Sewajibnya kita lazimkanlah semua aktiviti dengan ucapan bismillah.

Kata awliya Allah mulakanlah setiap harakah dengan bismillah



Imam Ahmad bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang dibonceng oleh Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam, ia berkata,

 “Tunggangan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam tergelincir, maka aku katakan: ‘Celaka setan.’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Janganlah engkau mengucapkan ‘celakalah setan.’ Karena jika engkau mengucapkannya, maka ia akan membesar dan berkata: ‘dengan kekuatanku, aku jatuhkan dia.’ Jika engkau mengucapkan bismillah, maka ia akan menjadi kecil hingga seperti seekor lalat.’”(HR. Ahmad, Abu Daud)

Musuh nyata kita adalah syaitan. Segala sesuatu urusan menjadi mudah dengan dimulakan dengan Bismillah. InsyaAllah..

2. Biar Sedikit Tapi Konsisten 


Seorang "yarn bombing artist"  grafiti bom benang terkenal yang telah menghasilkan banyak projek bom benang Stephen Duneier, telah mendedahkan bagaimana beliau boleh mencapai apa sahaja projek yang diimpikan seperti yang dirancang mengikut jadual. Pendedahan dalam rancangan Tedx yang popular di youtube itu menjadi sumber inspirasi ramai penonton.

Beliau mendedahkan konsep grid atau dadu. Apabila ada sesuatu yang besar kita nak capai. kita perlu memecahkannya menjadi kotak yang kecil. Dan kemudian kita fokus kepada kotak kecil hingga selesai hingga akhirnya menjadi kotak yang besar.


Teknik ini sebenarnya sudah lama digunakan oleh artis grafiti, pelukis, begitu juga pengalaman penulis dahulu belajar bagaimana melukis suatu objek besar dengan teknik grid atau dadu. Yang pada mulanya agak mustahil untuk menghasilkan lukisan yang besar tetapi ia berjaya sebenarnya. tanpa sedar rupanya teknik ini  boleh diaplikasikan dalam semua aktiviti harian.

Walaubagaimanapun menariknya strategi biar sedikit tetapi konsisten ini bukanlah baru malahan telah dianjurkan oleh nabi mulia ﷺ sendiri kepada kita semua. Mungkin saja kita tidak sedar..

 Aisyah رضي الله عنه‎. mengatakan bahwa Nabi ﷺ: masuk ke tempatnya dan di sisinya ada seorang wanita [dari Bani Asad 2/48], lalu Nabi bertanya, "Siapakah ini?" Aisyah menjawab, "Si Fulanah [ia tidak pernah tidur malam], ia menceritakan shalatnya." Nabi bersabda, "Lakukanlah [amalan] menurut kemampuanmu. Karena demi Allah, Allah tidak merasa bosan (dan dalam satu riwayat: karena sesungguhnya Allah tidak merasa bosan) sehingga kamu sendiri yang bosan. Amalan agama yang paling disukai-Nya ialah apa yang dilakukan oleh pelakunya secara kontinu (terus menerus / berkesinambungan)."

3. Tidur dalam Zikrullah



Setiap hari kita bangun saja pagi pelbagai perancangan akan muncul diminda. 99% perancangan tentang hal dunia, amat sedikit nak mengingati tentang Allah, nak bersyukur dengan nikmat nafas pun susah. ini juga yang berlaku pada hamba. Mengapa perkara ini berlaku.

Kata awliya Allah apabila seorang itu sewaktu tidur tidak berada dalam zikrullah syaitan dan segala musuh-musuh akan bersiap siaga untuk menjadi penasihat seawal dia buka mata.

Namun, Jika sebelum tidur seseorang itu dalam keadaan sedar berzikir. Kemudian zikir akan masuk ke separa sedar, dan kemudian ke peringkat tanpa sedar. Lanjut, Zikir itu disambung oleh para malaikat. Lazimnya seseorang itu akan bangun dengan keluar zikrullah dari mulutnya atau di ingatannya. Dalaman jiwanya akan terasa segar dan bersemangat.

Ia dapat disahih dari hadis riwayat Bukhari tentang status seseorang setiap kali tidur.
 
telah menceritakan kepada kami 'abdullah bin yusuf is a l berkata, telah mengabarkan kepada kami malik dari abu az zanad dari al a'raj dari abu hurairah radliallahu 'anhu bahwa rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: setan mengikat tengkuk kepala seseorang dari kalian saat dia tidur dengan tiga tali ikatan dan syaitan mengikatkannya sedemikian rupa sehingga setiap ikatan diletakkan pada tempatnya lalu (dikatakan) kamu akan melewati malam yang sangat panjang maka tidurlah dengan nyenyak. jika dia bangun dan mengingat allah maka lepaslah satu tali ikatan. jika kemudian dia berwudhu' maka lepaslah tali yang lainnya dan bila ia mendirikan shalat lepaslah seluruh tali ikatan dan pada pagi harinya ia akan merasakan semangat dan kesegaran yang menenteramkan jiwa. namun bila dia tidak melakukan seperti itu, maka pagi harinya jiwanya merasa tidak segar dan menjadi malas beraktifitas. (Hr Bukhari)

Jadi lepasni sebelum tidur sewajibnya kita berzikir.. Jadi apa zikir terbaik masa nak tidur? Semua zikir pun terbaik.. Antara zikir paling terbaik kata awliya Allah sewaktu tidur adalah zikir dalam Pernafasan. Ramai ahli yang jahil tentang ilmu zikrullah menolak Zikir dalam nafas. Mereka yang menolak cara Zikir dalam Pernafasan ini sebenarnya mereka jahil tentang ilmu zikrullah. Awliya Allah juga sering menamakan Zikir Nafas sebagai Zikir khafiyee iaitu Zikir tersembunyi.

3. Kuasa sekarang (The Power of Now!) 

Setiap saat kita diambang situasi memilih nak buat sekarang atau nanti dulu, esok lusa, tulat, atau sampai ke sudah...

Seorang penulis bukan islam Eckhart Tolle menulis dalam bukunya "The Power of Now", Menurut beliau, waktu sekarang adalah sangat penting, dan apa yang ada pada  masa lalu dan akan datang hanya dicipta oleh fikiran individu itu sendiri. Beliau yang mengumpulkan beberapa kaedah seperti meditasi untuk menguasai masa sekarang. Namun kesannya sementara dan tidak bertahan lama.



Menariknya, di dalam islam sebenarnya wujud "The Power of Now" ini. Ia telah dibuktikan oleh Daie Allah Alfakir IllAllah Sheikh Dr. Ismail Kassim. Di dalam kajian beliau selama 33 tahun tentang Ilmu Syahadah dan kajian mendalam tentang kalimah La ilaha illAllah dan beliau telah menemui satu formula dimana dengan kuasa penyaksian syahadah ilah dpt mengawal masa dalam waktu sekarang.

Persoalan yang timbul mengapa kita perlukan "The Power of Now" ini? 

Kerana "The Power of Now" ini boleh melangsaikan semua masalah anda tanpa tangguh-tangguh. Sangat segera. lagi pantas dari mee segera.

Dengan penyaksian Syahadah ilah akan memberi kesedaran kuasa sekarang itu atau "The Power of Now" sebenarnya adalah "the Power of Ilah"

 The Power of Now is through consistent practise of Syahadah of ILAH and the remembrances from Sub Conscious mind." Word of Wisdom Sheikh Dr. Ismail Kassim

The power of now juga sebenarnya terhasil daripada latihan yang konsisten dengan menyaksi ilah daripada minda separa sedar.

Mungkin ada yang pening tentang "The Power of Ilah" ini. Tidak mengapa. Ini semua lautan dari ilmu Laa ilaha IllAllah dari surah Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 47 ayat 19 tadi. Ia perlu dipelajari oleh awliya Allah yang arif tentang ilmu zikrullah.

Begitu juga dari hadis riwayat Tirmizi ini juga menunjukkan apakah Seafdal-afdal zikir.


Banyak lagi teknik amalan zikrullah yang mampu memberi impak kepada produktiviti harian kita. InsyaAllah kita akan kupas pada entri-entri akan datang amin..

Semoga bermanfaat untuk anda semua tidak lupa pada hamba juga amin...

0 comments:

Post a Comment