Tuesday, March 20, 2018

Syahadah Ayat 1000 Dinar : SYAHADAH INTIPATI KHAZANAH IMAN..

وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ

PENEMUAN DINAR EMAS KHALIFAH DINASTI FATIMIYAH DI UTARA LAUT PALESTIN!!

BismillahirRahmanirRahim
Bismillahi Awaluhu Waakhiruhu
Assalammualaikum buat pembaca yang budiman..

Sebagai menarik minat untuk sama-sama kita menemui apa sebenarnya kaitan antara dinar emas ini, mari kita baca artikel di dalam link ini.


BERPINAR MATA DENGAN KILAUAN EMAS!

Itu baru kita bayangkan, belum lagi di depan mata bukan? Tergambar pelbagai perkara di dalam akal fikiran apabila kita mula memikirkan apa yang kita akan lakukan dengan timbunan emas tersebut...
Sungguh Allah Maha Kaya!!

Pernah dengar kan tentang ayat 1000 Dinar? 
Bukan tujuan saya untuk mengupas di mana asal usul sejarah ayat Surah Tahrim 2-3 itu sehingga dinamakan "Ayat 1000 Dinar". 

Saya pun tak pasti hari pertama saya mendengar tentang ini, cuma sudah menjadi kebiasaan para peniaga Melayu di Malaysia, terlalu sinonim pengamalan ayat itu sebagai pembuka rezeki di dalam perniagaan. 

Maka, bingkai ayat tersebut terdapat bergantungan di kebanyakkan kedai dan premis Melayu Islam di sini.


وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا


2. Hendaklah kamu TEGAKKAN KESAKSIAN itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا


3. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. 
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. 
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. 
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


IMAN KEPADA AYAT 1000 DINAR!

Tahap keyakinan saya, juga sebagai ahli perniagaan begitu tinggi dengan ayat ini. Saya sudah hafal dan setiap kali selepas solat tidak tinggal untuk membaca ayat ini di dalam doa saya. Dengan harapan Allah meluaskan rezeki perniagaan. Syukur, ada juga nampak kesannya. Namun yang menjadi pegangan utamanya ialah tetap yakin untuk terus bertawakkal kepada Allah dalam apa sahaja situasi. Bertitik tolak dari ayat ini, saya mula belajar untuk tidak berputus asa kerana yakin janji Allah untuk memberi JALAN KELUAR itu..!! 

وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ

"Dan dirikanlah (tegakkanlah) kesaksian kerana Allah"

Sheikh Dr Ismail Kassim tidak sesat

Sheikh Dr Ismail Kassim tidak sesat


Kita selalu mendengar tentang ayat perintah Allah tentang

DIRIKANLAH SOLAT..

أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh. Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). (Surah Al Isra : 78)


وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'.(Surah Al Baqarah: 43)


وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada Rasul, supaya kamu diberi rahmat. (Surah An Nur : 56)


إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Sesungguhnya Aku ini adalah ALLAH, tidak ada ILAH (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku. (Surah Toha : 14)


Dan beberapa lagi ayat yang berkaitan. 

Allahu Akbar!!!

Bagaimana ingin mendirikan solat seperti yang diperintah pada Rukun Islam Kedua, namun tidak tahu dan tidak sedar perintah untuk mendirikan syahadah sebagai Rukun Islam Pertama yang terdapat pada ayat 2 surah Tahrim tersebut!!

Mengakulah! 

Sesungguhnya kita ini amat jahil dan buta ! WAJIB ada guru yang HAQ bagi membantu dan memimpin kita ke jalan yang HAQ!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.

(Surah Al Maidah:35)


Percayalah!

Sesungguhnya kita akan merasai kemanisan iman dengan WAJIB mempelajari ilmu dan mengamalkan amalan untuk bersyahadah (mengingati Allah Subhanahu Wata'Ala)


Tawakkallah!!

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'Ala WAJIB menunjukkan JALAN KELUAR untuk kita semua, apabila kita mula berniat untuk menyerahkan segala urusan kepadaNya terutamanya dalam mencari kebenaran dan tujuan kehidupan ini..


Selawatlah!!

Sesungguhnya WAJIB kita mengetahui betapa pentingnya hikmah dan keutamaan selawat dan salam buat junjungan besar dan mulia Nabi Muhammad  ﷺ dan ahli keluarga (Ahlul Bayt baginda ) sebagai satu wasilah untuk mencapai maksud kita.




Aamiin Ya Robbal Alamiin

0 comments:

Post a Comment