Wednesday, March 21, 2018

Tinta Kenangan 21 Mac 2014

ZIKIR


Tika hati berzikir, 
Hati akan merasa semua kebaikan orang..
Dan menginsafi keaiban diri..

Tika mata berzikir,
Mata melihat semua perkara yang elok sahaja..
Menjauhi pandangan nafsu..

Tika telinga berzikir,
Telinga mendengar rintihan sendiri sahaja..
Menepis bisikan syaitan..

Tika mulut berzikir,
Mulut akan lebih banyak diam dari berkata..

Tika minda berzikir,
Fikirlah sangkaan baik sahaja..
Tepislah bisikan mensabotaj diri..

Tika seluruhnya berzikir..
Jadilah seperti alam yang sentiasa tunduk patuh pada penciptaNya..

Ya Allah..Jadikan kami hamba yang bersyukur..dan tetapkan hati kami dalam iman dan Islam..ameen.

0 comments:

Post a Comment