Wednesday, March 28, 2018

Definisi Auliya' Allah: KENALI DAN DEKATI

Sheikh Ismail Kassim Auliya’ Allah

Bismillahirrohmanirrohim.
Ya Salam Ya Allah
Ya Allah menangkan lah kami. Kalahkan lah mereka. Kalahkan meraka musuh-musuh Mu, yang ghaib dan nyata, yang menuduh kami sesat. Yang menghalang perjalanan ilmu syahadah, ilmu LailahaillAllah, ilmu amalan rukun Islam pertama, ini disebarkan.  Agar mereka sedar, masih ada lagi kesyirikan yang dilakukan tanpa sedar.
Begitulah, doa terucap, tatkala mengenangkan sejarah, sewaktu Rasulullah صلى الله عليه و سلم sebarkan, dakwahkan, ilmu amalan rukun islam pertama (ilmu lailahaillallah dan ilmu syahadah) selama 13 tahun lamanya, sebelum perintah solat turun. Pentingnya ilmu iman. Iman dipasak oleh syahadah ilmu rukun islam pertama yang ada kaitannya dengan rukun iman. Bukan sebab zahirnya ilmu solat.
Buku kemanisan iman, pembukaan awal kefahaman bagi menggugah diri apa sebenarnya yang Rasulullah ﷺ dakwahkan selama 13 tahun sehingga membawa cahaya dan nikmat iman kepada para sahabat.
Buku yang membuka awal kefahaman bagi menggugah diri apakah sebenarnya yang Rasulullah ﷺ dakwahkan selama 13 tahun sehingga membawa cahaya iman dan nikmat manisnya iman kepada para sahabat.
Semak sejarah! Saidatina Khadijah radiyallahuanha, isteri baginda, beriman kepada Allah, sehingga sanggup infaq berhabis-habisan kerana iman yang sebenar atas penyaksian (syahadah). Beliau menyahut panggilan Ilahi sebelum turunnya perintah solat.
Ya Allah, kami berniat, berterusan memperjuangkan ilmu syahadah lailahaillallah untuk umat Muhammad Sollallahualaihiwasalam. Ilmu yang memberi tamparan hebat kepada Iblis aduwallah. Hanya berniat berjuang kerana mengasihi umat Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasalam. Apatah lagi mengenangkan dunia sudah akhir zaman.

“Your Sheikh is an auliya’ Allah, waliyullah”

Yang bermaksud, “Sheikh kamu ini adalah wali Allah, auliya’ Allah.”Begitulah terjemahan, kata antara puluhan ulamak-ulamak terkemuka dunia dan ahlul bait, yang hadir bertemu AlFaqir illAllah Sheikh Dr Ismail Kassim.
wsc ulamak

Mereka meluahkan kata-kata, setelah mereka juga SEDAR secara spiritual, menyaksi sesuatu keajaiban, futuhat (pembukaan rohani, antara qalbu, roh…)  berlaku kepada mereka. Namun dari dudukku, aku melihat, YM Sheikh Ismail Kassim, dengan tawadhu, merendah diri,  lalu berkata, “don’t talk about me, no need.. you just share the ilm,..”  (antara maksudnya)  “jangan-jangan cerita pasal saya, tak perlu ya, tak perlu.. awak kongsi sahaja tentang kefahaman ilmu, yang kita bincang tadi”. Begitulah antara perbualan ringkas, berlaku di hadapan peserta yang berkumpul.
Namun jauh di sudut hati, menyelami setiap yang berlaku, tidak boleh tidak merasa sayu, apabila mengenangkan tuduhan, fitnah, cacian terhadap Sheikh Ismail Kassim sesat ?
Logikkah? Difitnah di negara sendiri? Dituduh sesat? Namun di sanjung tinggi, diperkaui, dianugerahi, oleh jutaan jemaah, di negara luar.
Apapun ia tak musathil, jika berlaku kerana dengki. Dengki, tercabar bila sedar syahadah LailahaillAllah, ilmu Allah paling tinggi. Kerana itu juga berlaku pada baginda Nabi صلى الله عليه و سلم. Tatkala yahudi  tersedar, lalu mahu memusuhi!

Hakikatnya sayu ketika mendengar fitnah, sayu mendengar Sheikh Ismail Kassim dituduh sesat. Sayu bukan kerana apa. Wali Allah, tiada kesedihan baginya.

Firman Allah Yunus 62-64, “Ingatlah, aulia’(wali-wali) Allah itu, tidak ada rasa takut (khuatir) pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan sentiasa bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah. Demikian itulah kemenangan
yang agung.”
Ya Allah, hamba, hanya kasihan melihatkan umat, yang sedang mencari kebenaran, seumpama anak kucing yang sedang mengiau-ngiau mahu disusukan, meow, meow, namun tidak dapat berjumpa ibunya.
Ya Allah, rezeki ilmu haq ini, terhalang dek kerana fitnah, gangguan, musuh-musuh Mu, ghaib dan nyata. Jalan yang sepatutnya mudah untuk berdakwah, yang cukup bukti, jelas kesahihan ilmu dengan hadith, dalil al Quran, segala kalamMu telah terganggu dek angkara kedengkian iri hati, orang yang berpangkat agama, mengilahkan jawatan semata-mata.
Namun, tidak mengapalah! Itulah sunnatullah sebagaimana yang dilalui baginda, para anbiya’ , semasa sebarkan syahadah rukun islam pertama, ahlul bait nabi صلى الله عليه و سلم  juga akan melalui segala cacian, fitnah dari kaumnya.
Walau apapun, hamba pasti, sesiapa yang benar berhajat, mencari dan mahu mengenal Mu, ya Allah, dengan kerendahan hati, pasti Engkau menunjukki.
Al Kahfi, ayat 17 “…Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa yang disesatkan Nya, maka engkau tidak akan mendapatkan seorang Wali Mursyid pun, yang dapat memberi petunjuk kepadanya”

Nasihat kepada orang yang menyandang jawatan agama.

Sheikh Ismail Kassim tak menginginkan jawatan kamu!
Beliau adalah seorang usahawan, ahli perniagaan kaya. Boleh berbahasa lebih dari 7 bahasa.Mewakili negara sebagai duta mempelopori lebih dari 100 delegasi perdagangan ke Timur Tengah dan Negara-negara Afrika sejak tahun 1994.  Naib Presiden Majlis Perniagaan Arab-Malaysia, dan juga sebagai Naib Pengerusi Majlis Perniagaan Melayu-Arab.
Namun sekarang beliau tidak perlu itu semua. Kayanya melebihi segalanya. Lebih kaya dari sesiapa sahaja. Perumpamaan kaya terbaik, lebih sesuai saya membawa pembaca, akan kayanya Nabi Sulaiman alaihissalam. Menjadi Raja…
Yang nyata, bila hamba amati, kisah hidup beliau, yatim atau piatunya, mulanya dengan berniaga, untuk membina karakter sama seperti baginda. Didikan langsung dari ALLAH.
international sufi conference 2016

Bukan Taksub!

Kepada yang memandang dari youtube, video-video, atau apa sahaja perkhabaran, sedang kamu tidak berada dalam kenikmatan majlis ilmu, jangan berani melempar kata taksub. Jangan cuba melempar sesat. Taksub bukan kepada makhluk! Bahkan taksub! Bergegar! Kerana Allah! Syahadah, Syahadah! Bersaksi! Asyhadu anlailahaillAllah….
Orang mukmin, bila disebut nama Allah, hati mereka bergegar.
FirmanNYA, surah Al Anfal ayat 2, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Rob mereka bertawakkal.”

Kitab Suci, Al quran jika diletakkan atas gunung, gunung bisa hancur! Manusia mati bisa hidup! Al Quran. Al Quran. Al Quran.. Al Quran yang mana? Al Quran yang mana? Kitab suci yang mana?

FirmanNYA surah arrad ayat 31, “Dan kalaulah ada mana-mana bacaan yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat berbicara, maka itulah Al-Quran. Segala urusan milik Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka, sehinggalah datang janji Allah; Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Jadi…. jangan memandang keji. Sila uji diri sendiri, terutama mereka yang menyandang jawatan agama. Sebut nama ALLAH, adakah benar bisa menggoncang hati! sendiri?
Jadi tidak salah kan, taksub keranaNYA, bergegar disebabkanNYA.
Sesungguhnya, segala ilmu disampaikan YM Sheikh Dr Ismail Kassim bersanad sehingga kepada Rasulullah Sollallahualaihiwasalam. Bertalian jalur lengkap salasilah dengan setiap nama guru-guru beliau, yang semuanya adalah ahlul bait kepada 2 talian utama Sultanul Auliya Sheikh Abdul Qadir Al jailani dan Sheikh Muhyinuddin Chisti. Dan tempat pengajian tersebut masih wujud, setelah terbina melebihi 600 tahun lalu. Dikhabarkan, ada Sultan-Sultan Tanah Melayu dahulu belayar ke sana menuntut ilmu.
chisty ul ilm
Bab ul Ilm is a Quran Learning Centre and Sufi School of Islamic Studies which is part of the educational initiatives by the Chishty Foundation
Namun beliau berpesan kepada sesiapa yang hendak belajar, tidak perlu bercerita tentang sanad. Kerana yang paling utama adalah memohon terdahulu kepada Allah. Solat istikharah.
Mendengarnya, saya turut membenarkan. Allah tahu keinginan dan kehendak kita. Adakah benar berkeinginan mencariNYA? Bersegera, berlari kepada ALLAH seperti perintahNYA?
surah dzariyat 50 segera kepada allah
FirmanNYA, Az Dzaariyat 5,” Maka bersegeralah (berlari) kamu kepada Allah….”
gempa bumi hampiri malaysia
Pesan ikhlasku, jangan sehingga tertimpanya musibah, baru kamu menyesal. Belajar ilmu ini, belajar, agar mengajar jihad dengan nafs kamu, hingga nafs itu tenggelam ke dalam bumi, sebelum bumi tenggelamkan kamu.

0 comments:

Post a Comment