Sunday, March 11, 2018

Bagaimana IKUT Sunnah Nabiﷺ Berpoligami : Kahwin 4 Orang Isteri??



BismillahirRahmanirRahiim
Bismillahi Awaluhu WaAkhiruhu
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad 
Wa'Ala Alihi Wasohbihi Wabarik Wasalim 'Alaih
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SUNNAH NABI :  Kahwin 4 orang Isteri??

Sebagai permulaan untuk membawa topik ini secara ringkas, mungkin boleh diajukan beberapa soalan bagi pembaca menjawab secara peribadi..

1. Pada usia berapa anda mendengar tentang 
topik di atas?
2.Apa perasaan anda waktu mula-mula diperdengarkan tentang ini?
3. Apa niat atau reaksi anda sebagai seorang lelaki atau seorang wanita??

POLIGAMI : Madu Tiga atau Madu Empat?

Jika anda pernah menonton filem Madu Tiga..
Pernah dengar lagunya? :) 


Senangnya dalam hati

Kalau beristeri dua

Seperti duniaAna yang punya

Kepada isteri tua

Kanda sayang padamu

Kepada isteri mudaI say I love you


Isteri tua merajuk

Balik kerumah isteri muda

Kalau dua-dua merajukAna kahwin tiga


Mesti pandai pembohong

Mesti pandai temberang

Tetapi jangan sampai

Hai pecah tembelang!

SALAH ERTI : Pengamalan Sunnah RasulAllah 

Maafkan hamba Ya RasulAllah ﷺ, 
Tujuan penulisan ini hanya untuk sama-sama dapat menjunjung Sunnah mu yang sebenar..

Jadi seingatnya, saya mengetahui perkataan Sunnah ini, mungkin dari filem, drama yang menggambarkan 1001 kisah baik atau tidak dalam Sunnah berpoligami. 

Dari sudut pendengaran saya sebagai pemerhati bebas, sehinggalah kini masih mendengar desus...

"Untunglah orang lelaki dapat kahwin lebih dari satu.."
"Tak boleh menolak hakikat ni, kan ni Sunnah Nabi kita.."

"Isteri yang izinkan suami kahwin lain, dapat payung emas di Syurga"

"Ikutkan hati..entah,tak tau nak cakap.. tapi kalau ada peluang, nak juga..inikan Sunnah Nabi..Nabi kan suka umat baginda ramai.."

Ya RasulAllah ﷺ,
Ampunkan kami kesekian kalinya,
Kerana mengenali perkataan 'Sunnah'  melalui cara di atas..

Disebabkan Sunnah di atas hanya boleh diikuti oleh orang lelaki, jadi sebagai seorang perempuan Islam yang biasa, sering menggali melalui pengalaman dan pembacaan serta mengikuti kuliah di masjid tentang apa Sunnah Nabi yang mesti di IKUTI..

HADIS PEGANGAN : Niat Bermula




Sewaktu awal-awal dahulu sentiasa diperdengarkan tentang Hadis ;

RasulAllah ﷺ bersabda,

'Aku tinggalkan kalian dengan dua perkara yang mana tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al Quraan dan As-Sunnah.' (Hadis Riwayat Muslim)



LOGIK AKAL CETEK: Belajar Al Quraan 

Ye, Al Quraan itu memang ditekankan 
sejak kecil lagi, 
Bermula dengan mak mengulang-ulang 
Ayatul Kursi. 
Masih ingat lagi umur 5 tahun, telah diizinkan Allah menghafaznya dan kebiasaan dibaca sebelum tidur malam..
Kemudian belajar Muqaddam (zaman saya belum ada lagi kitab 'Iqra')
Kemudian baca Al Quraan, sampai khatam,
Sambil belajar beserta tajwid dan hukumnya.
Masih taat MENGIKUT..

LOGIK AKAL CETEK : IKUT Sunnah

Seterusnya apabila telah masuk 
alam persekolahan pula 
DIBERITAHU 
Cara makan dengan tangan kanan, 
Memulai sesuatu dengan sebelah kanan,
Makan berjemaah di dalam dulang, 
Syukur, sedikit sebanyak telah didedahkan apa itu Sunnah Nabi..
Walaupun sebenar-benarnya 
IKUT-IKUT sahaja,
Ustaz dan Ustazah yang BERITAHU,
Ibu bapa PESAN begitu.

Hadis tadi masih tetap dalam ingatan..
Teruskan lagi pengetahuan bagaimana cara MENGIKUT dan mengamalkan 
Sunnah Nabi ..

Diingatkan selalu di kaca televisyen 
PESANAN para Asatizah..
Bisik hati, "Baik, Faham Ustaz..Insha Allah, sambil terus pasang NIAT"


NIAT &TUJUAN : Ikut &Tak Nak Sesat

Nabi makan kurma atau tamar,
Nabi minum susu kambing,
Saya buat dan beli apa sahaja yang disebut 
Sedaya lakukan apa yang diPESAN Nabi ,
Contohnya apa yang perlu dilakukan apabila melahirkan anak dan lain-lain..
Sekadarnya, dengan NIAT berpegang pada Hadis tadi..
(Hamba Tak Nak SESAT)

Dalam apa sahaja situasi kehidupan, 
Ada sahaja kisah menurut Hadis, 
Dan manfaat apabila mengamalkan hadis Nabi . Niat TETAP Sama
(Hamba Tak Mahu SESAT)

Apa sahaja yang Nabi  lakukan 
Sebagai contoh untuk DIIKUTI
Umat-umat terkemudian..
Yang JAUH dari zaman baginda..
Hanya mampu IKUT dari JAUH..

"Syukur, Allah Subhanahu Wataala utuskan Nabi ﷺ sebagai PENYAMPAI menerusi hadis-hadis, dapat juga IKUT Nabi..,"
fikir diri ini.

SELAWAT&SALAM : Penyambung Sunnah Nabi 



Oleh kerana masih meneruskan NIAT untuk IKUT dan TAAT sedaya mungkin apa sahaja yang NABI ﷺ PESAN, saya terus membaca penuh minat hadis-hadis baginda 

Selain itu, pernah juga mengikuti Kelas Pengajian di Masjid, menerusi seorang Habib. Kitab itu bertajuk 'Syamail Muhammadiyah' dan pastinya membeli kitab versi baru yang tebal tu..

Saya juga suka menonton TV Al Hijrah, terutama rancangan 'Fattabiouni', 
Perasaan gembira apabila dapat menghayati 'perjalanan' hidup Nabi ﷺ selalu 
membawa fikiran saya melayang..

"Mesti seronok kan, dapat tengok LIVE Nabi ﷺ macam para sahabat ?"

"Tak dapat bayangkan bagaimana sempurnanya baginda ﷺ yang Allah Subhanahu Wataala ciptakan sehingga 
Allah Subhanahu Wataala dan para malaikat berselawat, memuji baginda ﷺ"

"Ya Allah,  mulianya baginda "
"Hamba jauh Ya Allah, hamba berada di zaman sekarang, untungnya mereka yang berada di zaman Nabi ﷺ"

Sentiasa berulang-ulang sehingga membawa perasaan RINDU...dan mula terasa ingin MENDEKATI baginda ..
Lagi-lagilah hidup dalam keadaan naik dan turun ujiannya, walaupun sedaya upaya berfikiran POSITIF..

"Bagaimana Ya Allah ?? Bagaimana hendak DEKAT dengan baginda?? 
Kasihan pada kami ini, TAK NAMPAK baginda..Macam mana nak teruskan hidup dalam keadaan penuh cabaran ni? 
Jika tidak kami akan SESAT.." , 
begitulah bisikan yang dalam.

Di akhir rancangan Fattabiouni terdapat Firman Allah yang dipaparkan ialah;



(Surah Ali Imran 3: 31)

Dengan keinginan yang sangat tinggi itu, Allah Subhanahu Wataala menghadiahkan satu hadis lagi dalam Video yang saya 
kongsikan di atas,
Semasa itu saya masih dalam waktu berpantang anak bongsu.

Hadis itu berkenaan dengan KEUTAMAAN 
Berselawat dan Salam kepada baginda ﷺ.
Lebih elok rasanya pembaca sendiri meluangkan masa untuk menonton video tersebut.


APA KAITAN TOPIK KAHWIN & SUNNAH?

"IKUT dan IKAT"




Mmm, bagi yang nampak kaitan hendaklah bersyukur, bagi yang tak nampak ada kaitan pula teruskan mohon kefahaman dari Allah Subhanahu Wataala.


Insha Allah cukup setakat ni perkongsian kali ini dan tarikh hari ini 12.3 adalah genap setahun travelog Umrah yang telah ditulis dan masih tersimpan rapi sempena 'Perjalanan Rohani Kembara Umrah pada bulan Februari 2017.'

Jadi, Insha Allah akan datang saya akan kongsikan 
TINTA TRAVELOG 
itu bagi manfaat semua yang ada 
 NIAT 
IKUT dan IKAT

Aamiin Ya Robbal Alamiin



















0 comments:

Post a Comment