Masih ingatkah artikel sebelum ini berkenaan “Berjaga-jaga fahaman wahabi..” yang terkandung di dalamnya, hadis berkenaan 2 bekal berat yang Rasulullah Sollallahualaihiwasalam tinggalkan untuk umatnya? Sewaktu itu Rasulullah صلى الله عليه و سلم sudah maklum, baginda akan menyahut seruanNya. Mari kita imbas semula.
Amanat Rasulullah صلى الله عليه و سلم Yang Harus Kita Pegang Teguh
Hadis Sahih Muslim, Zaid bin Arqam berkata Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda,
“Amma ba’du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah hamba ALLAH. Utusan Robbku (Malaikat maut) hampir tibadan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan pada kalian Ath-thaqalain (dua bekal berat). Yang pertama adalah (al-Quran), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Maka amalkan dan berpeganglah padanya dan Ahlul-Baitku. Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku.”, hadis sahih riwayat Muslim.
Apa ada pada ahlul bait? Siapakah ahlul bait sebenarnya?
Tiba-tiba saya teringat, kata-kata orang jahil tetapi ingin menunjuk pandai tentang perkataan ahlul bayt. Apatah lagi dia menggunakan nama mufti, berfahaman wahabi untuk menegakkan kata-katanya. Berani sungguh menyebut, ahlul bayt itu syiah? Astaghfirullah.
Namun rasa geram itu saya tahan.
Teringat bait kata Imam AsSyafie. Yang antara maksudnya, diam lebih baik. Tak perlu berbahas dengan orang yang “bodoh sombong.” Maaf! Mungkin keras perkataan “bodoh sombong” saya gunakan, dalam tulisan ini. Namun saya belum jumpa perkataan yang sesuai untuk itu. Jika pembaca ada perkataan yang sama maksud, sila komen, maklumkan.
Cumanya, bagi yang tak faham, tak pernah dengar tentang ahlul bayt, bertanyalah pada yang tahu. Jika tak tahu, buat cara tak tahu. Jangan bersuara, umpama menconteng arang ke muka sendiri.
Pada waktu itu, saya hanya menunjukkan secebis ayat al-Quran, yang ada ALLAH sebut perkataan ahlul bayt di dalamnya. Surah Al ahzab ayat 33,
“…..Sesungguhnya Allah hendak menghapus segala noda dan kotoran (dosa) dari kalian Ahlul Bait dan hendak menyucikan kalian sesuci-sucinya. (dari dosa syirik)”
Ahlul bayt sebenar adalah darah daging Rasulullah Sollallahualaihiwasalam dan yang berterusan memperjuangkan, menyebarkan syahadah rukun islam pertama. Tolong fikir, kekejaman yang berlaku kepada para sahabat Nabi Mulia, Saidina Uthman radhiyallahuanhu, pembunuhan Saidina Umar radhiyallahuanhu.
Semak sejarah, pembunuhan cucu baginda iaitu Saidina Hussien radhiyallahuanhu. Mengapa dibunuh? Mereka bukan sahaja difitnah, dihina, malah dibunuh kerana memperjuangkan syahadah ilmu amalan rukun Islam Pertama. Namun mereka tetap memperjuangkannya, kerana sayangkan umat, dek tidak tertanggung ‘mendengar’ kesedihan Nabi Mulia صلى الله عليه و سلم . “Ummati.. ummati”
Namun itulah Sunnatullah. Setiap para Rasul Allah yang menerima wahyu berkenaan LailahaillAllah, (rujuk Surah anbiya’ ayat 25) dan kemudian mereka sememangnya akan difitnah dalam usaha menyebarkannya.
Mana tidaknya, Ilmu lailahaillALLAH satu-satunya ilmu diperintah Allah, dalam al-Quran, agar kita pelajarinya.
“Fa’lam annahu LailahaillALLAH”, Surah Muhammad صلى الله عليه و سلم, ayat 19. Ilmu yang penuh mukjizat untuk bekalan kita, terutamanya umat akhir zaman.
Hadis-hadis berkaitan Ahlul Bayt
Di saat ini, ingin saya kongsikan 2 (dua) hadis berkaitan ahlul bayt. Bacalah dengan kejernihan hati, untuk menyelamatkan diri kamu dan anak-anak dan keluarga kamu, tatkala dunia masuk ke fasa akhir zaman.
Sebuah hadis riwayat Al Hakim dan disahihkan Bukhari & Muslim, “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang berlayar) dari bahaya tenggelam / karam sedangkan Ahlul-Baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis”.
Al Hakim meriwayatkan telah menceritakan kepada kami seorang faqih dari Ray Abu Bakar Muhammad bin Husain bin Muslim, yang mendengar dari Muhammad bin Ayub yang mendengar dari Yahya bin Mughirah al Sa’di yang mendengar dari Jarir bin Abdul Hamid dari Hasan bin Abdullah An Nakha’i dari Muslim bin Shubayh dari Zaid bin Arqam yang berkata bahawa Rasulullah bersabda,
“Kutinggalkan kepadamu dua peninggalan (As-thaqalain), kitabAllah dan Ahlul BaitKu. Sesungguhnya keduanya TAK AKAN BERPISAH, sampai keduanya kembali kepadaKu di Al Haudh (telaga Kauthar)”, Al Hakim menyatakan dalam Al Mustadrak As-Sahihain bahawa sanad hadis ini sahih berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim.
Ringkasnya, fikirkanlah, apa bekalan kita di saat Dajal hadir nanti?
Sememangnya ada hadisnya yang Rasulullah صلى الله عليه و سلم menyebutkan tentang zikir tertentu, yang menjadi makanan di saat itu. (hadisnya akan saya kongsikan, pada artikel lain). Namun, adakah zikir Subhanallah, LailhaillALLAH itu dibaca kosong tanpa ilmu? Semua ilmu ada dalam lautan ilmu LailahaillALLAH, yang diperjuangkan ahlul bayt.
Dari hadis-hadis penceritaan, berkaitan kemunculan Imam Mahdi pula, pernahkah kita terfikir, keadaan dunia dan diri kita sewaktu itu. Apakah ‘senjata’ kita ada, di saat keadaan getir berlaku? Sudah bersediakah dengan ilmuNYA?
Tiba-tiba teringat kata seorang guru saya.
Cuba perhatikan huruf (hijaiyah) apa ada pada keris Melayu” dan juga pada pedang ini..
Cuba perhatikan cerita Mat salleh, The Thor, dengan huruf (jawi hijaiyah) huruf tho.”
Begitulah kata-kata ringkas seorang guru, perlu tafakur. Tersenyum saya mengenangkannya. Semua punya energiNya luar biasa.
Ilmu Allah, al-quran dan ilmu kalimah LailahaillAllah yang sangat besar, diwahyukan oleh Allah bermula dari Nabi Adam alahissalam.
Namun sayangnya, yang belum faham, telah termakan akan fitnah bisikan oleh musuh Allah yang ghaib dan nyata, disebabkan kejahilan dan kesombongan mereka. ” Al-Quran dan itrah ahlul baitku..”, 2 bekal berat ditinggalkan Nabi Mulia untuk kita umat akhir zaman.
Berbuat baiklah kepada keturunan, keluarga baginda صلى الله عليه و سلم. Sebagai umat baginda, di ketika ini, sesungguhnya cinta kepada Rasulullah sollallahualaihiwasalam akan terputus tanpa kita cinta kepada ahlulbait (keturunan) baginda.
Apa benarnya kata tulisan ini? Jawapnnya, tanya hati kamu sekarang ini, adakah kamu sedang merindui baginda nabi Mulia? Tepuk dada selami qalbu mu. Jika tidak mengerti, perjatikan lafza selawat yang wajib kita baca, di waktu tahiyat akhir, ketika solat. Kepada siapa selawat itu?
Jika ingin ketahui pentingnya ahlul bayt, di akhirat kelak? Bacalah buku menyaksi rahsia bicara kasihNYA, ada dikongsikan pada bahagian 7, buku tersebut.
Ya Allah menangkan lah kami. Kalahkan lah mereka. Kalahkan meraka musuh-musuh Mu, yang ghaib dan nyata, yang menuduh kami sesat. Yang menghalang perjalanan ilmu syahadah, ilmu LailahaillAllah, ilmu amalan rukun Islam pertama, ini disebarkan. Agar mereka sedar, masih ada lagi kesyirikan yang dilakukan tanpa sedar.
Begitulah, doa terucap, tatkala mengenangkan sejarah, sewaktu Rasulullah صلى الله عليه و سلم sebarkan, dakwahkan, ilmu amalan rukun islam pertama (ilmu lailahaillallah dan ilmu syahadah) selama 13 tahun lamanya, sebelum perintah solat turun. Pentingnya ilmu iman. Iman dipasak oleh syahadah ilmu rukun islam pertama yang ada kaitannya dengan rukun iman. Bukan sebab zahirnya ilmu solat.
Semak sejarah! Saidatina Khadijah radiyallahuanha, isteri baginda, beriman kepada Allah, sehingga sanggup infaq berhabis-habisan kerana iman yang sebenar atas penyaksian (syahadah). Beliau menyahut panggilan Ilahi sebelum turunnya perintah solat.
Ya Allah, kami berniat, berterusan memperjuangkan ilmu syahadah lailahaillallah untuk umat Muhammad Sollallahualaihiwasalam. Ilmu yang memberi tamparan hebat kepada Iblis aduwallah. Hanya berniat berjuang kerana mengasihi umat Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasalam. Apatah lagi mengenangkan dunia sudah akhir zaman.
“Your Sheikh is an auliya’ Allah, waliyullah”
Yang bermaksud, “Sheikh kamu ini adalah wali Allah, auliya’ Allah.”Begitulah terjemahan, kata antara puluhan ulamak-ulamak terkemuka dunia dan ahlul bait, yang hadir bertemu AlFaqir illAllah Sheikh Dr Ismail Kassim.
Mereka meluahkan kata-kata, setelah mereka juga SEDAR secara spiritual, menyaksi sesuatu keajaiban, futuhat (pembukaan rohani, antara qalbu, roh…) berlaku kepada mereka. Namun dari dudukku, aku melihat, YM Sheikh Ismail Kassim, dengan tawadhu, merendah diri, lalu berkata, “don’t talk about me, no need.. you just share the ilm,..” (antara maksudnya) “jangan-jangan cerita pasal saya, tak perlu ya, tak perlu.. awak kongsi sahaja tentang kefahaman ilmu, yang kita bincang tadi”. Begitulah antara perbualan ringkas, berlaku di hadapan peserta yang berkumpul.
Namun jauh di sudut hati, menyelami setiap yang berlaku, tidak boleh tidak merasa sayu, apabila mengenangkan tuduhan, fitnah, cacian terhadap Sheikh Ismail Kassim sesat ?
Logikkah? Difitnah di negara sendiri? Dituduh sesat? Namun di sanjung tinggi, diperkaui, dianugerahi, oleh jutaan jemaah, di negara luar.
Apapun ia tak musathil, jika berlaku kerana dengki. Dengki, tercabar bila sedar syahadah LailahaillAllah, ilmu Allah paling tinggi. Kerana itu juga berlaku pada baginda Nabi صلى الله عليه و سلم. Tatkala yahudi tersedar, lalu mahu memusuhi!
Hakikatnya sayu ketika mendengar fitnah, sayu mendengar Sheikh Ismail Kassim dituduh sesat. Sayu bukan kerana apa. Wali Allah, tiada kesedihan baginya.
Firman Allah Yunus 62-64, “Ingatlah, aulia’(wali-wali) Allah itu, tidak ada rasa takut (khuatir) pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan sentiasa bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah. Demikian itulah kemenangan yang agung.”
Ya Allah, hamba, hanya kasihan melihatkan umat, yang sedang mencari kebenaran, seumpama anak kucing yang sedang mengiau-ngiau mahu disusukan, meow, meow, namun tidak dapat berjumpa ibunya.
Ya Allah, rezeki ilmu haq ini, terhalang dek kerana fitnah, gangguan, musuh-musuh Mu, ghaib dan nyata. Jalan yang sepatutnya mudah untuk berdakwah, yang cukup bukti, jelas kesahihan ilmu dengan hadith, dalil al Quran, segala kalamMu telah terganggu dek angkara kedengkian iri hati, orang yang berpangkat agama, mengilahkan jawatan semata-mata.
Namun, tidak mengapalah! Itulah sunnatullah sebagaimana yang dilalui baginda, para anbiya’ , semasa sebarkan syahadah rukun islam pertama, ahlul bait nabi صلى الله عليه و سلم juga akan melalui segala cacian, fitnah dari kaumnya.
Walau apapun, hamba pasti, sesiapa yang benar berhajat, mencari dan mahu mengenal Mu, ya Allah, dengan kerendahan hati, pasti Engkau menunjukki.
Al Kahfi, ayat 17 “…Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa yang disesatkan Nya, maka engkau tidak akan mendapatkan seorang Wali Mursyid pun, yang dapat memberi petunjuk kepadanya”
Nasihat kepada orang yang menyandang jawatan agama.
Sheikh Ismail Kassim tak menginginkan jawatan kamu!
Beliau adalah seorang usahawan, ahli perniagaan kaya. Boleh berbahasa lebih dari 7 bahasa.Mewakili negara sebagai duta mempelopori lebih dari 100 delegasi perdagangan ke Timur Tengah dan Negara-negara Afrika sejak tahun 1994. Naib Presiden Majlis Perniagaan Arab-Malaysia, dan juga sebagai Naib Pengerusi Majlis Perniagaan Melayu-Arab.
Namun sekarang beliau tidak perlu itu semua. Kayanya melebihi segalanya. Lebih kaya dari sesiapa sahaja. Perumpamaan kaya terbaik, lebih sesuai saya membawa pembaca, akan kayanya Nabi Sulaiman alaihissalam. Menjadi Raja…
Yang nyata, bila hamba amati, kisah hidup beliau, yatim atau piatunya, mulanya dengan berniaga, untuk membina karakter sama seperti baginda. Didikan langsung dari ALLAH.
Bukan Taksub!
Kepada yang memandang dari youtube, video-video, atau apa sahaja perkhabaran, sedang kamu tidak berada dalam kenikmatan majlis ilmu, jangan berani melempar kata taksub. Jangan cuba melempar sesat. Taksub bukan kepada makhluk! Bahkan taksub! Bergegar! Kerana Allah! Syahadah, Syahadah! Bersaksi! Asyhadu anlailahaillAllah….
Orang mukmin, bila disebut nama Allah, hati mereka bergegar.
FirmanNYA, surah Al Anfal ayat 2, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Rob mereka bertawakkal.”
Kitab Suci, Al quran jika diletakkan atas gunung, gunung bisa hancur! Manusia mati bisa hidup! Al Quran. Al Quran. Al Quran.. Al Quran yang mana? Al Quran yang mana? Kitab suci yang mana?
FirmanNYA surah arrad ayat 31, “Dan kalaulah ada mana-mana bacaan yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat berbicara, maka itulah Al-Quran. Segala urusan milik Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka, sehinggalah datang janji Allah; Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Jadi…. jangan memandang keji. Sila uji diri sendiri, terutama mereka yang menyandang jawatan agama. Sebut nama ALLAH, adakah benar bisa menggoncang hati! sendiri?
Jadi tidak salah kan, taksub keranaNYA, bergegar disebabkanNYA.
Sesungguhnya, segala ilmu disampaikan YM Sheikh Dr Ismail Kassim bersanad sehingga kepada Rasulullah Sollallahualaihiwasalam. Bertalian jalur lengkap salasilah dengan setiap nama guru-guru beliau, yang semuanya adalah ahlul bait kepada 2 talian utama Sultanul Auliya Sheikh Abdul Qadir Al jailani dan Sheikh Muhyinuddin Chisti. Dan tempat pengajian tersebut masih wujud, setelah terbina melebihi 600 tahun lalu. Dikhabarkan, ada Sultan-Sultan Tanah Melayu dahulu belayar ke sana menuntut ilmu.
Namun beliau berpesan kepada sesiapa yang hendak belajar, tidak perlu bercerita tentang sanad. Kerana yang paling utama adalah memohon terdahulu kepada Allah. Solat istikharah.
Mendengarnya, saya turut membenarkan. Allah tahu keinginan dan kehendak kita. Adakah benar berkeinginan mencariNYA? Bersegera, berlari kepada ALLAH seperti perintahNYA?
FirmanNYA, Az Dzaariyat 5,” Maka bersegeralah (berlari) kamu kepada Allah….”
Pesan ikhlasku, jangan sehingga tertimpanya musibah, baru kamu menyesal. Belajar ilmu ini, belajar, agar mengajar jihad dengan nafs kamu, hingga nafs itu tenggelam ke dalam bumi, sebelum bumi tenggelamkan kamu.
Syahadah Sunnah Paling Agung Kebangkitan Kekuatan Islam
Zaman ini semua orang berusaha untuk mengikut sunnah. Apakah sebenarnya Sunnah terbesar yang RasulAllah tinggalkan? Perhati Hadis Qudsi ini..
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullahﷺ telah bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman, Barang siapa yang memusuhi waliKu, maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada cara bertaqarub (mendekatkan diri) dari seorang hamba yang lebih Aku sukai melainkan melaksanakan hal-hal yang Kufardhukan. Namun hambaKu itu senantiasa berusaha mendekatkan diri kepadaKu dengan nawafil (perkara-perkara sunnah di luar yang fardhu) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya Aku menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, menjadi matanya yang dengannya ia melihat, menjadi tangannya yang dengannya ia memegang, dan menjadi kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia meminta kepadaKu nescaya Aku akan memberinya. Jika ia meminta perlindunganKu nescaya Aku melindunginya.” (Hadis Qudsi riwayat Imam Bukhari)
Bagaimana sunnah yang ALLAH cintai boleh membawa kepada “AKU menjadi pendengarannya..”, “AKU menjadi matanya dengannya ia melihat”, “AKU menjadi tangannya yang dengannya dia memegang..”
Apakah ilmuNya? Perhati seterusnya ayat Al-Quran ini
ALLAH berfirman Surah AnAnfal ayat 17 “Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah-lah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar di saat kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Apakah ilmuNya? Itulah ilmu syahadah dan ilmu lailahaillallah yang Rasulullahﷺ sampaikan dalam rukun islam pertama.
Apa perintahNya agar kita pelajari? Surah Muhammadﷺ ayat 19, “Fa’lam annahu LailahaillAllah…”
Betapa besar dan hebat ilmu syahadah lailahaillAllah, sehingga para sahabat yang jumlahnya sedikit boleh menang di dalam Perang Badar. Ini kerana sunnah itu sudah sebati dalam diri mereka. Di saat mereka berperang, melempar, berlaku pembunuhan, kesadaran sewaktu berperang adalah sadar segala gerak dari Allah. (alAnfal,17)
Jadi, tidak mustahil seramai 313 tentera islam yang beriman ( kerana pelajari ilmu iman dari ilmu rukun islam pertama) walaupun sedikit, mampu kalahkan musuh ALLAH, kafir yang jumlahnya 1000, lebih ramai dari mereka.
Adakah kita berniat ingin mempelajari sunnah tersebut agar meRASA apa yang para Ahli Badar lalui? Kenikmatan pengabadian, penyerahan secara total kepada Allah agar segala puji-pujian tidak pernah putus hanya padaNYA. Merasai nikmat ketenangan, dalam apa jua keadaan kerana merasa ALLAH sentiasa bersama. Menjadikan individu berjaya, intelektual tinggi, beriman yakin, sadar dengan bantuan ALLAH dalam segala perkara, untuk dunia dan akhirat, sehingga mereka sanggup infaq habis-habisan, kerana ALLAH?
Jika ya, itulah sebenarnya antara rahsia ajaran ilmu syahadah dan ilmu LailahaillALLAH, ilmu amalan rukun silam pertama yang disampaikn, disebarkan, terus diperjuangkan oleh YM Sheikh Dr Ismail Kassim. Berniat kembalikan kekuatan sebenar islam yang beriman, sebagaimana ulungnya Islam di zaman pimpinan Rasulullahﷺ , yang dengannya kita meninggalkan segala jenis syirik termasuk syirik batin yang kita tidak sedar!
Namun malangnya…
“Kadangkala Kita ni nak selamatkan dia. Tapi dia tak tahu, tak nampak, belum sedar. Lepastu dia pulak fitnah kita, tuduh kita sesat. ” Begitulah kata kata yang menerjah diri, sewaktu mengingatkan bagaimana Rasulullah Sollallahualaihiwasalam dihina, difitnah, dicaci, dituduh sesat membawa ajaran baru, sewaktu baginda menyebarkan syahadah rukun islam pertama.
Itulah sunnatullah, yang turut menimpa YM Al Faqir illAllah Sheikh Dr Ismail Kassim..
Kalau Rasulullahﷺ dituduh membawa ajaran baru semasa sebarkan syahadah LailahaillAllah oleh kaum yahudi, Sheikh Dr Ismail Kassim juga dituduh sesat, dengan digelar ajaran Sheikh ismail kassim, atau ajaran syahadah ismail kassim. Yang menuduh ini bukan calang-calang. Yang menuduh, memfitnah adalah orang yang membawa peranan penting dalam agama Islam di negara ini.
Begitulah perjalanan khalifah ALLAH, wali ALLAH. Akan melalui fitnah sebagaimana Rasul ALLAH ketika sampaikan ilmu syahadah rukun Islam pertama. Sangat berbeza melihat perjalanan kebanyakan orang agama sekarang. Glamour menyampaikan dakwah. Tidak seperti sukarnya Rasulullahﷺ menyampaikan dakwah, agar beriman kepada ALLAH.
Sangat penting membandingkan keadaan negara kita sekarang, dengan kepincangan akhlak di zaman Arab jahiliyah. Mengimbas sejarah..
Sewaktu Rasulullah Sallallahualaihiwasalam sebarkan tentang LailahaillAllah, orang yang berperanan menjaga kepentingan agama waktu itu Yahudi. Mereka waktu itu percaya yang mereka berpegang kepada ajaran Nabi Ibrahim as.
Namun mereka sebenarnya telah lupa kepada ajaran sebenar Nabi Ibrahim as. tentang cara dekatkan diri kepada ALLAH. Kehadiran Amru Bin Luhai, dianggap tokoh agama, akhirnya membawa mereka kepada penyembahan berhala.
Terdapat ayat dalam al-quran, antaranya, Al Zumar ayat 3, “Kami tidak menyembah atau memujanya(berhala) melainkan supaya mereka (berhala) mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya.”
Yahudi tersedar kebenaran!
Apabila yahudi yang berperanan memegang jawatan agama ketika zaman (Arab jahiliyah), mereka tersedar yang sebenarnya Nabi Muhammadﷺ adalah RasulAllah, Nabi akhir zaman, (yang tertulis di kitab mereka), tetapi kedengkian menyebabkan mereka tidak boleh terima.
Kerana selama ini kebanyakan nabi adalah dari keturunan yahudi. Bukan berbangsa Arab Quraisy bani Hashim. Jauh disudut hati mereka membenarkan tentang ilmu syahadah lailahaillAllah (tiada ilah melainkan Allah) yang dibawa oleh Rasul Allah.
Tetapi malangnya kerana rasa malu dengan kekurangan diri yang tidak tahu tentang ilmu “ilah” yang (sebenarnya 24jam membawa ingatan kepada Allah), tambahan lagi mereka berjawatan besar tentang agama, ramai pengikut di waktu itu (di zaman Arab jahiliyah) menyebabkan mereka memfitnah RasulAllahﷺ. Allahuakhbar! Mereka tertipu dengan nafs, kerana sombong dan bangga diri.
Walhal Rasulullahﷺ adalah utusan ALLAH. Kedudukan baginda sebagai kekasih ALLAH. Tak pernah terlintas mahukan jawatan mereka. RasulAllah menyampaikn ajaran sebenar untuk memperbetulkan akhlak di zaman Jahiliyah waktu itu. hanya kerana sayangkan umatnya.
Seterusnya, apa yang berlaku dahulu, turut berlaku kepada ahlu bait nabiﷺ sehinggalah ilmu syahadah itu seolah-olah disorokkan. Sudah pasti sesiapa yang membawanya akan difitnah. Dan sekarang sejarah itu berulang kepada YM Sheikh Ismail Kassim, sebagaimana berlaku kepada para sahabat dan seterusnya cucu baginda Sollallahualaihiwasalam,
Untuk benar-benar faham tentang ini. Wajib kita ketahui sejarah di zaman Arab Jahiliyah.