Sunday, February 25, 2018

CUKUP CUKUPLAH WAHABI SESATKAN KEBENARAN YANG HAQ!!

WAAA....HAAAA.....BIIIIII !!!!!!

SEDIH! TERHARU! SENTAP! TERTIPU!!

Allahu Allah, selama ini hanya bertopengkan sesuatu yang palsu!
Alangkah ruginya...
Sebak sungguh jadinya...

Kita hanya manusia biasa,
Umat Islam, insan yang mendambakan keampunan Robb..
Ya, puas mencari jawapan..
Dari satu 'perhentian' ke 'perhentian' sekitar KL ni,
Pernah terperangkap, namun teruskan jua..
Kerana itu yang dianggap benar..
Tiada panduan...
Panduan yang menyesatkan...!!

BAGAIMANA UMAT  BAGINDA ﷺ YANG LAIN??

Kasihan umatmu,
Tidak tahu apa-apa,
Apabila bertanya mereka,
Guna Hadis, ayat Al Quran..
Jawapannya di atas aqal sahaja,
Terpaksa umatmu menerima bulat-bulat..
Angguk-Angguk..
Geleng-geleng..
Berbalah jadinya...
Ah, takpelah...Buat je apa yang dah belajar di sekolah dulu..
Asal tahu mengucap, solat, puasa,zakat, ada duit pergi Haji..
DONE!! 5 BINTANG !!

APA WAHABI NI?

Korang google je la..
Adalah banyak info..
Tapi dua point nak share..
Yang ni memang buat sedih betul bila fikir balik..

PUAK WAHABI BENCI MAULID NABI 


PUAK WAHABI BENCI AHLUL BAYT 


Ya, ini ciri-ciri paling membuatkan saya terkesima..
Setelah mendapat jawapan ini,
Baru saya tahu...
(Yang ni susah nak explain...)

Syukurlah pembaca yang mendapat sesuatu dari artikel kali ini. Walaupun ringkas, semoga membantu kita semua ke JALAN yang BENAR!!


...JALAN SYAHADAH...



Friday, February 23, 2018

CINTA AHLUL BAYT GERBANG KE TAMAN CINTA RASULALLAH ﷺ

KAMI CINTA AHLUL BAYT RASULALLAH ﷺ


Epilog Cinta....

Solatullahi Wassalam
‘Ala Man Uhiyal Quraan
Wa Ahli Baiti hil Kiraam
Wasohbihi Zawil Quraan..


Masih terngiang di hujung pendengaran ini..
Masa itu, masih di bangku sekolah rendah,
Masih ingat, Mak selalu memasang nasyid ini, berulang-ulang kali..
Masih ingat masa itu zaman rakaman kaset di dalam 
kereta Mini merah ..
Masih segar di Trek B ialah alunan Asmaul Husna tanpa henti…
Masa kehidupanku terus berjalan..
Terkadang terasa perlahan, terkadang terasa pantas…
Tanpa langsung ku sedar dan faham apa di sebalik terjemahan alunan merdu tadi..
Namun alunan suara anugerah Ilahi kepada penasyid Indonesia itu sungguh mendayu…

DALIL AL QURAAN dan HADITH mengenai CINTA

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

31. Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Ali Imran 3: 31)


DIALOG CINTA...

Hadith Riwayat Bukhari (Nombor 6142)

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي حَيْوَةُ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو عَقِيلٍ زُهْرَةُ بْنُ مَعْبَدٍ أَنَّهُ سَمِعَ جَدَّهُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ هِشَامٍ قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِذٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلَّا مِنْ نَفْسِي فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ فَإِنَّهُ الْآنَ وَاللَّهِ لَأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْآنَ يَا عُمَرُ

Telah menceritakan kepada kami [Yahya bin Sulaiman] menuturkan; telah menceritakan kepadaku [Ibnu Wahab] menuturkan; telah telah mengabarkan kepadaku [Haiwah] mengatakan; telah menceritakan kepadaku [Abu Uqail Zuhra bin Ma'bad] bahwasanya ia mendengar [kakeknya, Abdullah bin Hisyam] menuturkan; kami pernah bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang saat itu beliau menggandeng tangan Umar bin Khattab, kemudian Umar berujar: "Ya Rasulullah , sungguh engkau lebih aku cintai dari segala-galanya selain diriku sendiri." Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak, demi Dzat yang jiwa berada di Tangan-Nya, hingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri." Maka Umar berujar; 'Sekarang demi Allah, engkau lebih aku cintai daripada diriku'. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "sekarang (baru benar) wahai Umar." 

Hadith Tirmidzi Nombor 2273

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ نَبْهَانَ بْنِ صَفْوَانَ الثَّقَفِيُّ الْبَصْرِيُّ حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ أَسْلَمَ حَدَّثَنَا شَدَّادٌ أَبُو طَلْحَةَ الرَّاسِبِيُّ عَنْ أَبِي الْوَازِعِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ قَالَ قَالَ رَجُلٌ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ فَقَالَ انْظُرْ مَاذَا تَقُولُ قَالَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ فَقَالَ انْظُرْ مَاذَا تَقُولُ قَالَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَقَالَ إِنْ كُنْتَ تُحِبُّنِي فَأَعِدَّ لِلْفَقْرِ تِجْفَافًا فَإِنَّ الْفَقْرَ أَسْرَعُ إِلَى مَنْ يُحِبُّنِي مِنْ السَّيْلِ إِلَى مُنْتَهَاهُ حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ شَدَّادٍ أَبِي طَلْحَةَ نَحْوَهُ بِمَعْنَاهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَأَبُو الْوَازِعِ الرَّاسِبِيُّ اسْمُهُ جَابِرُ بْنُ عَمْرٍو وَهُوَ بَصْرِيٌّ

Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin 'Amru bin Nabhan bin Shafwan Ats Tsaqafi Al Bashri] telah menceritakan kepada kami [Rauh bin Aslam] telah menceritakan kepada kami [Syaddad Abu Thalhah Ar Rasibi] dari [Abul Wazi'] dari ['Abdullah bin Mughaffal] dia berkata bahwa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat mencintai baginda. Beliau bersabda: "Perhatikan apa yang kamu katakan." Dia berkata lagi: Demi Allah sungguh aku sangat mencintai baginda. Nabi bersabda lagi: "Perhatikan apa yang kamu katakan." Dia berkata lagi: Demi Allah sungguh aku sangat mencintai baginda. tiga kali dia mengucapkannya, lalu baginda bersabda: "Jika kamu mencintaiku maka persiapkanlah perisai untuk kefakiran, karena kefakiran lebih cepat kepada orang yang mencintaiku melebihi aliran menuju hilir." Telah menceritakan kepada kami [Nashr bin 'Ali] telah menceritakan kepada kami [bapakku] dari [Syaddad Abu Thalhah] dengan hadith yang semakna, Abu Isa berkata: Hadith ini hasan gharib, adapun Abul Waza' Ar Rasibi namanya adalah Jabir bin 'Amru, dia adalah orang Bashrah.

PERJALANAN CINTA

Setiap insan semestinya akan bertembung pada 
satu persimpangan kehidupan..
Pada waktu ada satu tarikan untuk mendamba cinta hakiki
Setelah tersentak, segala cinta dunia telah Allah kurniakan..
Segalanya telah terpenuhkan secara zahirnya..
Ya, diriku akhirnya wajib kembali kepadaMu…
Namun sebelum kembali…
Ada sesuatu yang wajib dipenuhi….

PROTOKOL CINTA

Sungguh tidak langsung masuk dalam akal fikiran selama hidup sebagai umat Islam... 
adanya hadith untuk mencintai ahli keluarga RasulAllah 
Perkataan AHLUL BAYT pun tidak pernah diperkenalkan apa lagi untuk difahamkan...

Sabda Rasulullah  yang bermaksud: 
Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara:
Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada ahli keluarganya (RAsulAllahﷺ)  serta membaca Al-Quraan, sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada di bawah naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan hamba-hambanya yang terpilih.
(Hadith Riwayat Dailami dari Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah)

Syukur..kisah cintaku kini.. 
Mula... 
Ditabur dengan benih rindu
Disiram dengan air kasih..
Disubur dengan baja sayang..

Semuanya bermula apabila Allah telah perkenalkan kepada kita hakikat mencintai ahli keluarga RasulAllah ﷺ.

Semuanya wajib bermula dengan menyahut perintah Allah dalam Surah Muhammad  ﷺ  ayat 19:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

19. Maka ketahuilah, bahawa SESUNGGUHNYA TIADA ILAH SELAIN ALLAH dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.


Insha Allah, ini hanya sebagai muqaddimah yang mana kita wajib 
1. AMBIL TAHU
2. BELAJAR
3. FAHAM
4. HAKIKAT 
mencintai Ahlul Bayt yang sebenarnya kerana ianya gerbang kepada cinta kepada RasulAllah ﷺ dan seterusnya cinta kepada  Allah. Persoalannya siapakah dan di manakah mereka yang mulia yang digelar Ahlul Bayt itu??

Bahawasanya dengan ilmu pengetahuan yang benar dipandu oleh Allah melalui para Arif billah dan para Alim billah, barulah kita tahu BETAPA RUGINYA kita jika tidak tahu hakikat ini dan TERTIPU dengan mereka yang mengaitkan mencintai Ahlul Bayt adalah golongan Syiah..Allahu Allah..


Bahwa Rasulullah bersabda “Wahai manusia sesungguhnya Aku meninggalkan untuk kalian apa yang jika kalian berpegang kepadanya niscaya kalian tidak akan sesat ,Kitab Allah dan Itrati Ahlul BaitKu”.

Ibnu Abbas berkata bahwa Rasulullah bersabda”Bintang-bintang adalah petunjuk keselamatan penghuni bumi dari bahaya tenggelam di tengah lautan.Adapun Ahlul BaitKu adalah petunjuk keselamatan bagi umatKu dari perpecahan. Maka apabila ada kabilah arab yang berlawanan jalan dengan Mereka niscaya akan berpecah belah dan menjadi pengikut iblis”.


[1:36:39 PM]
:

Diriwayatkan oleh At Turmudzi dan ia menggolongkan hadits ini ha-san dan At Thobrani dan Al Hakim dari Ibnu 'Abbas ra, Ia berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Cintailah Allah سبحانه و تعالى kerana nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan-Nya dan cintailah aku karena kecintaan (kamu) kepada Allah سبحانه و تعالى serta cintailah Ahlul Baytku kerana kecintaan (kamu) kepadaku”.

Sungguh doa kutitipkan buat pembaca yang budiman dan dirahmati Allah agar sentiasa berada dalam lindungan Allah dan syafaat baginda RasulAllah ﷺ dan sama-sama kita dipertemukan jawapan dan dibukakan mata qalbu bagi menyaksi kalimah Syahadah dengan sebenar-benar penyaksian..

Aamiin Ya Robbal 'Alamiin


Sunday, February 18, 2018

Pengalaman WSC adalah pengalaman PALING BERNILAI dalam seumur hidup ini...

sheikh dr ismail kassim sesat, zikir nafas sesat, ismail kassim sesat, ajaran sesat malaysia



YA ILAHI YA ALLAH, BERSIHKAN PANDANGAN MATA INI...

Tiada kata syukur yang boleh dilafazkan, kerana sesungguhnya setiap hamba ini hakikatnya tidak pernah tahu untuk mensyukuri nikmatMu yang Maha Luas..

JERIHKU MENCARI CINTAMU...


WORLD SYAHADAH COUNCIL (WSC) : INTERNATIONAL SYAHADAH CONFERENCE @ KL  7.7.17

Assalammualaikum warahmatullahi Wabarakatuh buat pembaca yang budiman dan dirahmati Allah..
Pernahkah  ada soalan tercetus di dalam diri..

"Ya Allah, apa lagi yang perlu hamba penuhi sebagai menjadi yang terbaik di sisiMu, Diredhoi oleh Mu??"

Ya, apabila saya merenung kembali, sentiasa ada bisikan itu yang mencuit perasaan dan secara tidak langsung mencetuskan pelbagai reaksi-reaksi yang seolah-olah menurut persoalan itu. Samada reaksi atau tindakan itu saya sedar atau tidak sedar, sebenarnya Allah sedang menunjukkan jalan menuju kepadaNYA..

Pernah saya sedih memikirkan tentang jaminan dan ancaman Allah kepada hambaNya. Terkadang tidak boleh saya yakini sebagai hamba yang penuh dengan noda dan dosa ini, apakah boleh menjadi insan sebaik insan pilihan, kekasih Allah: RASULALLAH ﷺ. 

Sungguh!! Tidak mungkin..Jauh panggang dari api!!
Namun dalam masa yang sama, hati ini ingin sangat mendekati baginda 
Air mata hamba terus menitis....
Sendu dalam terkadang berbunyi, terkadang hanya ditahan. 
Malu!! Hamba terus menyeka agar air mata itu agar tidak jatuh..
Biarkan ianya tertahan, kerana sedar betapa hinanya diri  dari mencontohi baginda 

Akhirnya TANPA  SEDAR, dan KINI BARU SEDAR, 
Segala jawapan terkandung di dalam kalimah cintaMu
KALIMAH SYAHADAH 
LA ILAHA ILLA ALLAH
MUHAMMADUR RASULALLAH 

VIDEO PROMO WSC!!


Kisahnya bermula begini, 
Saya mula terpanggil untuk mempelajari ilmu kalimah LAILAHAILLALLAH
Apabila terpandang satu Poster di salah satu di Facebook :



Itupun di dalam 'comment box'. Poster itu berbunyi lebih kurang maksudnya;
" Bagaimana kita ingin mencintai Allah namun tidak mencintai KalimahNYA"
Tak Kenal Maka Tak Cinta!!



AYAT ini betul-betul memukul sedalam nurani saya..
Sah!! Saya belum mengenal ilmu kalimah LAILAHAILLALLAH..



Setelah hampir 35 tahun berkelana di dunia ini, tidak pernah hati saya terpukul sedemikian rupa. Dan malam itu, saban hari, saban waktu, saban tahun, saya terus mencari dan mencari sehinggalah.......................






...HARI YANG DINANTI...

Syukur Ya Allah, tanggal 7.7.17 menjelang jua. Namun, Hari yang dinanti untuk menyelami pengalaman dalam menyertai konferens itu bukanlah mudah seperti yang dijangka. Sebenarnya, saya antara peserta yang terawal mendaftar nama semasa pre-WSC  di buka pendaftarannya pada bulan Mac 2017. Hati saya berkobar-kobar kerana saya tahu, Allah akan temukan saya dengan sesuatu yang sangat bernilai dalam seluruh kehidupan ini. 



Saya ditakdirkan mempunyai tugasan lain dan tidak dapat menyertai secara rasmi sepanjang dua hari Konferens yang diadakan di PGRM Cheras.Konferens itu telah mengumpulkan ramai para fuqaha', alim ulama', para cendekiawan dan para pemimpin utama beberapa negara lain. Hanya Allah yang tahu betapa dalamnya perasaan ini. Saya tahu pasti ada hikmahnya!! 



Allah Maha Penyanyang dan Maha Memahami...
Dihadirkan saya juga ke dalam majlis penuh berkat itu, di saat akhir penutupannya. 
Saya tiba hampir pukul 6.30 petang pada saat itu.
Masih segar dalam ingatan saya selawat kepada baginda  yang dikumandangkan beramai-ramai oleh hampir 1500 orang hadirin.  
Air mata saya jatuh juga sambil mengalunkannya..
Perasaan bercampur...



Saya dapat merasakan betapa bertuahnya hadirin yang dapat menyaksi dengan sebenar-benar penyaksian, keseluruhan konferens itu dan dapat mengambil dan menggali mutiara-mutiara ilmu Syahadah. 



Alhamdulillah, walaupun hanya seketika...
Allah titipkan rasa syukur tidak terhingga kerana masih diberi peluang melalui video-video ringkas dari beberapa ulama-ulama yang telah berucap..




Saya Akhiri cetusan kali ini dengan meluahkan sokongan tidak berbelah bagi kepada semua...  

Program yang MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH : KALIMAH LAILAHAILLALLAH 


di muka bumi ini yang amat baik untuk disertai oleh seluruh umat Nabi Muhammad ﷺ. Disinilah anda pasti mengenal apa hakikat cinta Allah dan RAsulAllah ﷺ yang sebenar-benarnya!! 



Allahu ALLAH..Bagaimana ingin saya terangkan lagi..Hadirlah wahai qalbu-qalbu yang kering, sedarlah wahai qalbu-qalbu yang merindukan saat pertemuan dengan Robb MU..

Program yang 

WAJIB dihadiri SEKALI 

dalam SEUMUR HIDUP ANDA!!


Next : ISC @ New Delhi 12.12.18

Insha Allah...
Bismillahi Tawakkaltu AlaAllah...


Pembuatan Kapal Diejek Oleh Orang-Orang Kafir I Kisah Lengkap Nabi Nabi Nuh عليه السلام



Nabi Nuh عليه السلام adalah putra Lamik bin Matta Syalih bin Idris. Menurut Al-Quran usia Nabi Nuh عليه السلام ialah 950 tahun (QS. Al-'Ankabuut:14). Setelah Nabi Idris meninggal dunia, perilaku masyarakat semakin menyimpang. Begitu juga kaum Nuh السلام عليه, yang ketika itu menyembah berhala. Al-Quran menyebutkan hal ini dalam Surah Nuuh ayat 23. "Mereka berkata, "Jangan kamu tinggalkan ILAH-ILAH kamu dan jangan kamu tinggalkan Wadd, Suwa', Yaghuts, Ya'uq, dan Nasr."

Selain itu, kaum Nuh عليه السلام terkenal zalim dan sewenang-wenang. Kejayaan dan kekayaan membuat mereka sombong. Martabat dan harga diri diukur dari banyaknya harta. Karena itu, orang-orang miskin dipandang rendah. Para budak diperlakukan seperti binatang. Melihat keadaan itu, Allah memerintahkan Nuh عليه السلام untuk mengajak mereka ke jalan yang benar. Dengan sabarnya, Nabi Nuh عليه السلام menyampaikan ajaran-ajaran Allah kepada masyarakat yang musyrik. Nabi Nuh عليه السلام berkata kepada kaumnya, "Dan sesungguhnya aku memperingatkan kamu akan siksaan Allah dan aku menjelaskan kepadamu jalan keselamatan. Maka, sembahlah Allah saja dan jangan menyekutukan-Nya dengan suatu apapun. Karena aku khawatir apabila kamu menyembah selain Dia, atau menyekutukan-Nya dengan yang lain, Dia akan menyiksamu pada hari kiamat dengan siksaan yang sangat menyedihkan." (QS. Huud: 25-26).

Ternyata, dakwah Nabi Nuh عليه السلام tidak mendapat sambutan yang baik. Mereka malah mencemooh dan menghina Nabi Nuh عليه السلام. Mereka juga meremehkan Nabi Nuh عليه السلام dan pengikutnya yang miskin. "Maka, berkatalah pemimpin-peminpin yang kafir dari kaumnya, 'Kami tidak melihat kamu melainkan (sebagai) seorang manusia seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu, melainkan orang-orang yang hina dina diantara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas kami, bahkan kami yakin bahwa kamu adalah orang-orang yang berdusta." (QS. Huud : 27).

Doa Nabi Nuh عليه السلام

Nabi Nuh عليه السلام kesal terhadap sikap kaumnya. Ia pun berlindung kepada Allah dan memohon pertolongan-Nya. Ia berdoa kepada Allah, "Ya Rabbku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku untuk beriman kepada-Mu. Aku juga mengajak mereka agar meninggalkan penyembahan berhala. Aku sangat berharap mereka mau beriman. Tidak ku lewatkan setiap kesempatan, melainkan kuajak mereka siang dan malam. Ternyata, harapanku sia-sia. Mereka malah makin membangkang dan durhaka. Setiap kali kuajak mereka untuk menyembah-Mu, supaya Engkau bisa memaafkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka pun menutup telinganya dengan ujung jarinya. Mereka tidak suka mendengar ajakanku. Mereka sangat berlebih-lebihan dalam pembangkangan. Sampai-sampai, mereka menutup wajahnya dengan baju supaya tidak melihatku dan tidak mendengar dakwah yang kuberikan.

Wahai Rabbku, aku telah mengajak mereka untuk menyembah-Mu berulang-ulang dengan berbagai cara. Kadang-kadang, aku mengajak secara terang-terangan dalam kelompok-kelompok mereka. Kadang-kadang, secara sendirian terhadap seseorang diantara mereka. Aku berkata kepada mereka, 'Mintalah ampun kepada Rabbmu. Bertobatlah dari kekafiran dan kemaksiatan. Sesungguhnya Dia menerima tobat hamba-hamba-Nya. Dia memaafkan kesalahan-kesalahan serta memberi ganjaran atas tobat dan istigfarmu. Maka, Dia akan menurunkan hujan yang deras bagi kamu. Hujan yang akan menyuburkan tanahmu sesudah kekeringan. Dia memberi rezeki kepadamu berupa harta benda untuk kamu nikmati dan mengaruniai anak-anak yang akan membantu kamu. Kebun-kebun yang lebat akan membuat hidupmu sejahtera. Dan sungai-sungai akan menjamin pengairan bagi tanahmu." (QS. Nuuh : 5-12)

Pembuatan Kapal

Sudah tidak ada harapan lagi kaum Nuh عليه السلام akan beriman, kecuali sedikit. Akhirnya, Nabi Nuh عليه السلام berdoa agar Allah menimpakan azab kepada kaumnya. Allah pun mengabulkan doa Nabi Nuh عليه السلام. Sebelum membinasakan kaum kafir itu. Allah memerintahkan Nabi Nuh عليه السلام dan kaum Muslim menyiapkan alat untuk menyelamatkan diri. Allah menyuruh mereka untuk membuat kapal. Nabi Nuh عليه السلام dan pengikutnya segera menjalankan perintah Allah itu. Mereka mulai membuat kapal. Namun, pembuatan kapal diejek oleh orang-orang kafir. Untuk menghadapi ejekan orang-orang kafir itu, Nabi Nuh عليه السلام berkata, "Jika kamu mengejek Kami, maka sesungguhnya kami (pun) mengejekmu sebagaimana kamu sekalin, mengejek (kami). Kelak, kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa oleh azab yang menghinakannya, dan yang akan ditimpa azab yang kekal." (QS. Huud : 38-39).

Air Bah

Nabi Nuh عليه السلام dan pengikutnya, kaum Muslim, akhirnya selesai membuat kapal. Selanjutnya, Allah memerintahkan Nabi Nuh عليه السلام untuk mengumpulkan sepasang dari setiap jenis hewan yang hidup. Lalu, hewan-hewan itu dimasukkan ke dalam kapal. Hal ini supaya mereka bisa berkembang biak lagi. Sebab, nanti setelah bencana besar melanda, makhluk hidup di bumi akan musnah. Kecuali yang ikut naik ke kapal Nabi Nuh عليه السلام. Setelah itu, Nabi Nuh عليه السلام menyuruh semua pengikutnya naik ke kapal. Nabi Nuh عليه السلام berkata kepada orang-orang beriman, "Naiklah ke kapal dengan menyebut nama Allah Ta'ala di waktu berlayar dan berlabuh."

Mereka berdoa demikian karena bukan kapal itu yang menyelamatkan mereka. Hanya Allah-lah yang menjalankan dan menghentikan kapal itu. Sehingga, wajiblah atas mereka berharap kepada Allah. Setelah semuanya siap di dalam kapal, Allah menurunkan hujan dari langit. Allah menyuruh bumi memancarkan air dari segenap penjurunya. Dalam sekejap, air dari langit dan bumi berkumpul sehingga timbullah air bah yang dahsyat. Itulah bencana yang ditakdirkan Allah, dengan doa Nabi-Nya, untuk membinasakan orang-orang kafir. Sementara itu, kapal berlayar dengan perlindungan Allah dan pemeliharaan-Nya. Allah telah menyelamatkan Nabi Nuh عليه السلام dan orang-orang yang beriman.

Tenggelamnya Putra Nabi Nuh عليه السلام

Nabi Nuh عليه السلام teringat akan putranya. Sebagai seorang bapak yang menyayangi anaknya, Nabi Nuh عليه السلامmemanggilnya. Ia memintanya untuk naik ke kapal bersama keluarga yang lain. Namun, putranya menolak. Nabi Nuhعليه السلام berkata, "Hai anakku, naiklah ke kapal ini agar engkau selamat dari azab Allah. Janganlah engkau masuk ke dalam golongan orang-orang kafir yang mengingkari agama Allah."

Putra Nabi Nuh عليه السلام memang durhaka. Dalam situasi demikian, ia tetap tidak mau beriman kepada Allah. Karena ia menduga bahwa apa yang terjadi merupakan peristiwa alam biasa. Tanpa naik ke kapal pun, ia bisa selamat. Begitu pikirnya. Maka, ia berkata kepada bapaknya, "Aku akan berlindung ke puncak gunung yang tidak bisa dicapai oleh air, sehingga aku tidak akan tenggelam."





Nabi Nuh عليه السلام mengingatkan, "Tidak ada satu kekuatan pun yang sanggup mencegah takdir Allah. Jika seseorang ditakdirkan tenggelam, ia pasti tenggelam, sebagai balasan bagi orang-orang kafir." Putranya tetap menolak ajakan Nabi Nuh عليه السلام. Ia yakin bisa mencapai puncak gunung dan berlindung di sana. Akan tetapi, bukan itu yang terjadi. Air bah terus meninggi dan menenggelamkan putra Nabi Nuh عليه السلام.

Memohon Keselamatan Putranya

Sebelum putranya tenggelam, Nabi Nuh عليه السلام memohon kepada Allah agar putranya diselamatkan. Karena, Allah telah berjanji akan menyelamatkan keluarganya. Allah menjawab bahwa putra Nabi Nuh عليه السلام yang kafir itu bukanlah termasuk keluarga yang dijanjikan untuk diselamatkan. Hal itu karena putra Nabi Nuh عليه السلام tidak beriman kepada Allah dan melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik. Allah melarang Nabi Nuh عليه السلام untuk memohon sesuatu, kecuali bila ia yakin bahwa hal itu benar. Nabi Nuh عليه السلام kemudian menyesal. Ia mengakui kesalahannya, "Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, wahai Rabbku. Aku tidak akan memohon sesuatu yang tidak Engkau ridhai. Jika Engkau tidak mengampuniku, niscaya aku termasuk orang-orang yang merugi."

Air Bah Surut

Selanjutnya, air bah benar-benar menenggelamkan kaum Nabi Nuh عليه السلام yang tidak mau taat. Setelah semua orang kafir tenggelam. Allah menyuruh bumi untuk mengisap airnya. Allah juga menyuruh langit untuk berhenti menurunkan hujan. Maka, surutlah air bah itu. Kapal Nabi Nuh عليه السلام, kemudian terdampar di Gunung Judy.

Allah mengatakan dalam Surah Huud (11):48, Dikatakan kepada Nuh عليه السلام, "Hai Nuh عليه السلام, turunlah dengan selamat sejahtera dan peNuh عليه السلام keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia). Kemudian, mereka akan ditimpa azab (siksa) yang pedih dari Kami."

Di tanah baru itulah, pengikut Nabi Nuh عليه السلام hidup dengan damai. Lalu, mereka berkembang sehingga jumlahnya menjadi banyak lagi. Hud adalah Nabi yang diutus Allah kepada kaum 'Ad di Al-Ahqaf. Sebagaimana firman Allah, "Dan ingatlah (Hud) saudara kaum 'Ad yaitu ketika dia memberi peringatan kepada kaumnya di Al-Ahqaf..." (QS. Al-Ahqaaf : 21).

Menurut ahli sejarah, Al-Ahqaf merupakan daerag di antara Yaman dan Amman (Yordania) sampai Hadramaut dan Asy-Syajar. Kaum Ad hidup di daerah yang tanahnya subur. Mata air mengalir dari segala penjuru. Kondisi daerah sebaik itu memudahkan mereka untuk mengelola pertanian. Mereka juga mendirikan gedung-gedung megah di kota-kota. Kaum 'Ad diberikan kekayaan harta benda oleh Allah. Akan tetapi, kaum 'Ad lupa bersyukur kepada Allah. Padahal, mereka telah mendapat begitu banyak nikmat. Mereka malah menyembah berhala, yaitu Shada, Shamud, dan Al-Haba.


Sumber : http://istiqarahiman.blogspot.my/2017/08/pembuatan-kapal-diejek-oleh-orang-orang.html