Tuesday, February 13, 2018

Diazab kerana MERAGUi dan MENOLAK Kalimah LAILAHAILLALLAH : Nabi Soleh Alahissalam dan Kaum Tsamud.


كُلًّا نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ ۚ وَجَاءَكَ فِي هَٰذِهِ
الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ
“Dan semua kisah dari Rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman” (Surah Hud: 120)
Sungguh!! Kisah para Anbiya’ul Mursaleen di dalam Al-Quraan, bukanlah sekadar untuk dibaca kosong tanpa rasa kesedaran yang paling mendalam. Apabila kita cuba untuk menyelidiki dan bertanya pelbagai soalan yang melingkari akal cetek kita, maka bermulalah fasa kita ingin mengkaji apa sebenarnya di sebalik tabir kisah para Anbiyaul Mursaleen ini. Ikuti persoalan-persoalan berikut dan bacalah kisah selanjutnya. Semoga Allah sentiasa membuka kefahaman di balik tabir itu agar kita semua digolongkan dalam golongan orang beriman yang mengimani para Rasul dan para Nabi selama-lamanya dengan Iman Ainul Yaqiin bukan Iman Taqlid. 
Aamiin Ya Robbal Alamiin
1.Mengapakah Kaum Musyrikoon ini sanggup meragui kepada Nabi Soleh السلام عليه walhal telah terkenal sebelumnya adalah seorang yang mulia??
2.Mengapakah mereka menolak seruan kepada hanya Mengesakan Allah, walhal telah  Allah telah memberi nikmat kepada kehidupan mereka??
3. Adakah Nabi Soleh السلام عليه  menggesa dan menyeru kaumnya menyembah jasadnya?
4.Mengapakah yang mengikuti ajaran Tauhid yang sebenar hanya sedikit dan di kalangan orang yang fakir?
5. Mengapakah mereka menuduh Nabi Soleh السلام عليه gila dan terkena sihir?
6.Mengapakah mukjizat yang begitu ajaib dan diyakini dengan mata kasar pun tidak menyakinkan mereka untuk beriman kepada Allah?
7Mengapa pembesar dan pemuka kaum Tsamud sangat dengki apabila pengaruh mereka semakin berkurangan dalam masyarakat?
Sejarah Kaum Tsamud
Nabi Soleh 'Alaihissalam  adalah keturunan Nabi Nuh  yang ke-enam iaitu daripada Sam bin Nuh. Nama kaum Tsamud dinamakan bersempena nama moyang kepada Nabi Soleh السلام عليه. Kaum Tsamud muncul setelah kaum 'Ad musnah di lembah Al Ahqaf.
Kaum Tsamud tinggal di wilayah yang bernama Al-Hijr yang terletak di pesisir laut Merah  yang memiliki sumber air yang banyak. Mereka tinggal di lembah pergunungan utara Semenanjung Arab iaitu Wadi Al Qura. Bukit-bukit telah menjadi sebagai rumah tempat tinggal. Mereka juga dikurniakan dengan tubuh yang kuat dan akal yang cerdas.

Hadis RasulAllah   tentang kaum Tsamud

Rasulullah  juga menyebutkan mereka dalam hadis-hadis baginda . Pada suatu ketika, Nabi Muhammad memimpin tentara Muslimin pada tahun 9 H. Beliau menuju Tabuk, karena hendak menghadapi tentara Romawi di sebelah utara Semenanjung Arab. Tentara Muslimin menempuh perjalanan yang jauh . Oleh kerana itu mereka menjadi lelah dan kehausan. Sehingga, Nabi Muhammad  memerintahkan mereka untuk berhenti di lembah sebuah desa (Wadi al Qura), dekat Tabuk. Mereka berkemah di sekitar gunung tersebut, yang di dekatnya terdapat kesan peninggalan runtuhan kota dan perigi-perigi.
Salah seorang dari mereka bertanya, "Siapa pemilik kesan kota ini?"
Dijawab, "Itu adalah dari kaum Tsamud. Dulu, kaum Tsamud mendiami tempat ini."
Nabi Muhammad mencegah kaum Muslim untuk meminum air dari perigi –perigi tersebut. Kemudian beliau menunjukkan kepada mereka sebuah mata air di dekat gunung. Beliau berkata kepada mereka, "Unta betina Nabi Saleh السلام عليه. minum dari mata air ini." Nabi Muhammad mencegah para tentaranya memasuki kawasan peninggalan runtuhan kota tersebut, karena beliau hendak memberikan sebuah pelajaran tentang kaum tersebut, yang memperoleh kutukan Allah dan hancur.

Nikmat Allah kepada Kaum Tsamud
Kaum Tsamud hidup dengan makmur dengan  menetap di tanah yang subur. Mereka dikurniakan kemahiran dalam seni bina bangunan dan seni pahat sehinggakan memahat gunung untuk digunakan sebagai tempat tinggal yang megah dan indah.  Mereka juga menanam pohon-pohon dan mendapatkan hasil yang sangat banyak. Padang rumput terbentang luas. Haiwan ternak mereka banyak dan sihat.
وَاذْكُرُوا إِذْ جَعَلَكُمْ خُلَفَاءَ مِنْ بَعْدِ عَادٍ وَبَوَّأَكُمْ فِي الْأَرْضِ تَتَّخِذُونَ مِنْ سُهُولِهَا قُصُورًا وَتَنْحِتُونَ الْجِبَالَ بُيُوتًا ۖ فَاذْكُرُوا آلَاءَ اللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ


“Dan ingatlah olehmu di waktu DIA menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum 'Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerosakan.”
(Surah Al-Araaf : 74)

Kaum Tsamud mula Ingkar
Semakin hari kekayaan mereka semakin bertambah. Sayangnya, kaum Tsamud tidak bersyukur kepada Allah. Mereka membuat berhala, lalu menyembah dan meminta perlindungannya. Kesenangan dan kenikmatan memudahkan syaitan untuk menyesatkan dengan melupakan dengan cara melalaikan dari jalan tauhid yang sebenar iaitu seruan kalimah Agung LailhaillAllah sama seperti seruan Nabi Nuh السلام عليه kepada kaum baginda.

Sikap dan Sifat Nabi Soleh السلام عليه
Nabi Soleh السلام عليه adalah putera ‘Ubaid bin Asaf bin Masyikh bin Ubaid bin Nadzir bin Tsamud daripada keluarga yang terkenal di dalam masyarakat pada waktu itu. Baginda seorang pemuda cerdas, perilakunya santun, tutur katanya tegas dan sopan. Hormat kepada yang lebih tua dan sayang kepada yang kecil. Ia terkenal sangat rajin beribadah. Bersifat baik dan bijaksana. Masyarakat pun sangat mencintainya, karena mereka tahu keutamaan beliau yang masyhur. Bahkan beberapa daripada mereka berfikir bahawa Nabi Soleh السلام عليه  akan memperoleh kedudukan penting suatu masa nanti, dan akan menjadi pemimpin kaum Tsamud yang kuat.


Kehadiran Nabi Saleh dan Seruan Dakwah Bermula
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ


“Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya TIADA ILAH SELAIN AKU, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku".
(Surah Anbiya: 25)
Allah menerusi wahyuNya telah mengutus keseluruhan 124 000 Nabi dan Rasul menyampaikan risalah kalimah LailahaillAllah Nabi Soleh السلام عليه  mengajak kebenaran dan menunjukkan jalan yang lurus menerusi Kalimah LailahaillAllah. Nabi Soleh السلام عليه  mengetahui bahawa perbuatan syirik dengan penyembahan berhala telah berakar kuat dalam hati kaumnya itu. Para penduduk pergi ke sebuah batu besar di gunung. Mereka begitu lama menyembah batu itu. Mereka mengelilingi batu itu. Lalu mereka menyembelih domba untuknya, dan memohon rahmat darinya. Nabi Saleh السلام عليه  melihat apa yang dilakukan kaumnya, beliau pun menjadi sedih atas hal ini.
Mereka berkata, "Allah sangat jauh dari kami. Kami tak dapat memohon kepada-Nya. Oleh karena itu, kami menyembah beberapa ciptaan-Nya. Dia mempercayakan urusan kami pada mereka. Kami ingin Allah senang pada kami melalui penyembahan kami terhadap ciptaan-Nya.” Mereka meragui seruan Tauhid oleh Nabi Soleh السلام عليه  dan menuduhnya gila.

وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ


Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Soleh السلام عليه .Nabi Soleh السلام عليه berkata: "Hai kaumku, sembahlah ALLAH, sekali-kali tidak ada bagimu ILAH selain DIA. DIA telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-NYA, Sesungguhnya ROBBku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)".
(Surah Hud:61)
وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۗ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ


“Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka Shaleh. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali TIDAK ADA ILAH bagimu selain-Nya.”
(Surah Al Araaf : 73)

Dialog di dalam Al Quraan
قَالُوا يَا صَالِحُ قَدْ كُنْتَ فِينَا مَرْجُوًّا قَبْلَ هَٰذَا ۖ أَتَنْهَانَا أَنْ نَعْبُدَ مَا يَعْبُدُ
آبَاؤُنَا وَإِنَّنَا لَفِي شَكٍّ مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ مُرِيبٍ


Kaum Tsamud berkata: "Hai Soleh, sesungguhnya kamu sebelum ini adalah seorang di antara kami yang kami harapkan, Patutkah  kamu melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh bapa-bapa kami? dan sesungguhnya kami betul-betul dalam keraguan yang menggelisahkan terhadap agama yang kamu serukan kepada kami".
(Surah Hud: 62)
قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كُنْتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَآتَانِي مِنْهُ رَحْمَةً فَمَنْ يَنْصُرُنِي مِنَ اللَّهِ إِنْ عَصَيْتُهُ ۖ فَمَا تَزِيدُونَنِي غَيْرَ تَخْسِيرٍ


“:Nabi Soleh السلام عليه berkata: "Hai kaumku, bagaimana pikiranmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan diberi-Nya aku rahmat (kenabian) dari-Nya, maka siapakah yang akan menolong aku dari (azab) Allah jika aku mendurhakai-Nya. Sebab itu kamu tidak menambah apapun kepadaku selain daripada kerugian.”
(Surah Hud ;63)

Dalil di dalam Surah Asy-Syu’ara’ tentang kisah Nabi Soleh السلام عليه dan kaum Tsamud
كَذَّبَتْ ثَمُودُ الْمُرْسَلِينَ


141. Kaum Tsamud telah mendustakan rasul-rasul.
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ صَالِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ


142. Ketika saudara mereka,Nabi Soleh السلام عليه, berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertaqwa?
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ


143. Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ


144. maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ


145. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain hanyalah dari ROBB semesta alam.
أَتُتْرَكُونَ فِي مَا هَاهُنَا آمِنِينَ
146. Adakah kamu akan dibiarkan tinggal disini (di negeri kamu ini) dengan aman,


فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ


147. di dalam kebun-kebun serta mata air,
وَزُرُوعٍ وَنَخْلٍ طَلْعُهَا هَضِيمٌ


148. dan tanam-tanaman dan pohon-pohon korma yang mayangnya lembut.
وَتَنْحِتُونَ مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا فَارِهِينَ


149. Dan kamu pahat sebagian dari gunung-gunung untuk dijadikan rumah-rumah dengan rajin;
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ


150. maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku;
وَلَا تُطِيعُوا أَمْرَ الْمُسْرِفِينَ


151. dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melewati batas,
الَّذِينَ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ


152. yang membuat kerusakan di muka bumi dan tidak mengadakan perbaikan".
Nabi Soleh السلام عليه dituduh Terkena Sihir
قَالُوا إِنَّمَا أَنْتَ مِنَ الْمُسَحَّرِينَ


Mereka berkata: "Sesungguhnya kamu adalah salah seorang dari orang-orang yang kena sihir”
(Surah As-Syu’ara’: 153)
مَا أَنْتَ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُنَا فَأْتِ بِآيَةٍ إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ
Kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami; maka datangkanlah sesuatu mukjizat, jika kamu memang termasuk orang-orang yang benar".
(Surah As-Syu’ara’: 154)
Kaum Tsamud mencabar seruan kalimah LAILAHAILLALLAH

Sejak seruan dan dakwah Nabi Soleh السلام عليه tentang kalimah LailahaillAllah bermula,kaum Tsamud mula membicarakan tentang ajaran yang dibawa baginda. Hasil pembicaraan mereka ialah meminta Nabi Soleh السلام عليه membuktikan kenabiannya dengan meminta Nabi Soleh السلام عليه menunjukkan mukjizatnya dengan cara mengeluarkan seekor unta betina dari batu besar. Mereka mengira Nabi Soleh السلام عليه  tidak akan mampu memenuhi permintaan mereka. Mereka tidak menyadari bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Nabi Soleh  السلام عليه bersedia memenuhi permintaan mereka dengan suatu syarat. Jika Nabi Saleh  السلام عليه mampu memenuhinya, kaum Tsamud harus beriman. Kaum Tsamud mengacuh-acuhkan seruan Nabi Soleh السلام عليه. Mereka justeru mentertawakan Nabi Soleh السلام عليه dan mengejeknya sebagai seorang pembohong.

“Hai Soleh! Kau tak lebih dari seorang pembohong dan penipu. Kalau Allah akan mengangkat seorang rasul, tentulah kami yang dipilih-Nya. Bukankah kami lebih kaya daripada kamu?” kata seorang pemuka kaum Tsamud dengan bongkaknya.

قَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِنْ قَوْمِهِ لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِمَنْ آمَنَ مِنْهُمْ أَتَعْلَمُونَ أَنَّ صَالِحًا مُرْسَلٌ مِنْ رَبِّهِ ۚ قَالُوا إِنَّا بِمَا أُرْسِلَ بِهِ مُؤْمِنُونَ


“Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: "Tahukah kamu bahwa Shaleh di utus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Shaleh diutus untuk menyampaikannya".
(Surah Al-‘Araf: 75)

قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا بِالَّذِي آمَنْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ
“Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu"
(Surah Al-‘Araf: 76)

.Mukjizat Nabi Soleh "Alaihissalam berupa keajaiban seekor Unta Betina
Kaum Tsamud pun menerima syarat untuk sangup beriman. Ketika fajar menyingsing, Nabi Soleh السلام عليه pergi ke gunung tempat batu itu berada. Tugas yang dibebankan pada Nabi Saleh السلام عليه begitu sulit, karena kaumnya meminta kepadanya untuk mengeluarkan seekor unta betina hamil dari batu tersebut. Kaum Tsamud berkumpul di sekitar batu itu. Beberapa dari mereka meragukan Nabi Saleh السلام عليه, beberapa di antaranya memandang batu tersebut, dan yang lainnya lagi menatap Nabi Saleh السلام عليه . Mereka melihat Nabi Saleh السلام عليه menatap ke langit dengan rendah hati. Mereka mendengar beliau mengucapkan beberapa patah kata.
Mereka mengerti bahwa Nabi Saleh السلام عليه sedang berdoa kepada RobbNya untuk mendukung ajaran-Nya. Nabi Saleh السلام عليه memohon kepada Allah untuk sesuatu yang ajaib. Beliau memohon kepada Allah ىتعالو سبحانه  agar mengeluarkan seekor unta betina hamil dari batu tersebut. Semua orang memandang Nabi Saleh السلام عليه dan batu itu. Nabi السلام عليه pun duduk. Matanya dipenuhi dengan air mata. Beliau memohon kepada Allah ىتعالو سبحانه  untuk memberikan sebuah tanda untuk meyakinkan kaumnya. Karena baginda ingin agar kaumnya kembali ke fitrah mereka, dan hanya menyembah dan mentauhidkan hanya  Allah ىتعالو سبحانه  
Orang-orang sangat menyukainya, karena unta itu jinak. Nabi Soleh السلام عليه pun bersujud kepada Allah ىتعالو سبحانه . Beliau bersyukur dan memuliakan-Nya. Allah telah mengeluarkan seekor unta betina hamil dengan kekuasaan Nya. Orang-orang Tsamud pun menundukkan kepalanya untuk memuliakan Allah. Beberapa di antaranya bersujud kepada-Nya.
Mereka melihat keajaiban besar di depan mata mereka. Lalu mereka berkata, "Apa yang dikatakan Nabi Soleh السلام عليه adalah benar. Allah adalah satu-satunya ILAH dan tiada sekutu bagi-Nya." Meskipun mereka berjumlah sedikit, tetapi keyakinan mereka seteguh batu, setelah unta itu keluar. Seluruh penduduk Tsamud melihat mukjizat itu dengan takjub. Sehingga, unta betina itu menjadi simbol dari risalah Nabi Saleh السلام عليه dan simbol dari keesaan Allah ىتعالو سبحانه  
Setelah tiga hari, unta betina itu melahirkan seekor unta jantan yang cantik. Unta jantan muda ini selalu mengikuti dan berada di samping ibunya. Dan ibunya pun merawatnya dengan penuh kasih sayang. Unta betina dan anaknya itu menjadi simbol kasih sayang. Kaum Tsamud mengatakan bahawa unta betina itu adalah unta betina Nabi Soleh السلام عليه . Namun, Nabi Soleh السلام عليه selalu berkata, "Ini adalah unta betina milik Allah. Ini adalah sebuah tanda kekuasaan Allah. Maka berhati-hatilah kalian, jangan mengganggu dan menyakitinya. Jika kalian melakukan itu, maka kutukan Allah akan menimpa kalian."
قَالَ هَٰذِهِ نَاقَةٌ لَهَا شِرْبٌ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍ مَعْلُومٍ


Nabi Soleh السلام عليه menjawab: "Ini seekor unta betina, ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air, dan kamu mempunyai giliran pula untuk mendapatkan air di hari yang tertentu.”
(As-Syu’ara’: 155)
إِنَّا مُرْسِلُو النَّاقَةِ فِتْنَةً لَهُمْ فَارْتَقِبْهُمْ وَاصْطَبِرْ


”Sesungguhnya Kami akan mengirimkan unta betina sebagai cubaan bagi mereka, maka tunggulah (tindakan) mereka dan bersabarlah.”
(Surah Al-Qamar:27)
وَنَبِّئْهُمْ أَنَّ الْمَاءَ قِسْمَةٌ بَيْنَهُمْ ۖ كُلُّ شِرْبٍ مُحْتَضَرٌ


”Dan beritakanlah kepada mereka bahwa sesungguhnya air itu terbagi antara mereka (dengan unta betina itu); tiap-tiap giliran minum dihadiri (oleh yang punya giliran)”
(Surah Al-Qamar:28)
وَمَا مَنَعَنَا أَنْ نُرْسِلَ بِالْآيَاتِ إِلَّا أَنْ كَذَّبَ بِهَا الْأَوَّلُونَ ۚ وَآتَيْنَا ثَمُودَ النَّاقَةَ مُبْصِرَةً فَظَلَمُوا بِهَا ۚ وَمَا نُرْسِلُ بِالْآيَاتِ إِلَّا تَخْوِيفًا

“Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami untuk mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasan Kami), melainkan karena tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. Dan telah Kami berikan kepada Tsamud unta betina itu (sebagai mukjizat) yang dapat dilihat, tetapi mereka menganiaya unta betina itu. Dan Kami tidak memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakuti”
(Surah Al-Isra : 59)
Jangan Ganggu Unta Betina Itu!!

Nabi Soleh السلام عليه meminta kaum Tsamud untuk memberikan air minum kepada unta di telaga mereka sehari penuh. Sementara itu, mereka mendapatkan giliran air minum pada hari berikutnya. Unta Nabi Soleh السلام عليه juga dapat memakan rumput di mana pun. Nabi Soleh السلام عليه memerintahkan kaum Tsamud untuk tidak mengganggu unta tersebut. Jika mereka mengganggunya, azab Allah akan menimpa mereka. Kaum Tsamud tidak menyedari bahawa unta itu sebenarnya adalah suatu ujian bagi mereka. Allah ىتعالو سبحانه   hendak menguji keimanan mereka.
وَيَا قَوْمِ هَٰذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ لَكُمْ آيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ قَرِيبٌ


”Hai kaumku, inilah unta betina dari Allah, sebagai mukjizat (yang menunjukkan kebenaran) untukmu, sebab itu biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apapun yang akan menyebabkan kamu ditimpa azab yang dekat".
(Surah Hud:64)
وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَظِيمٍ


”Dan janganlah kamu sentuh unta betina itu dengan sesuatu kejahatan, yang menyebabkan kamu akan ditimpa oleh azab hari yang besar".
(As-Syu’ara’:156)
قَدْ جَاءَتْكُمْ بَيِّنَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ هَٰذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ لَكُمْ آيَةً ۖ فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ ۖ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Robbmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apapun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih".
(Al-Araaf: 74)
Hari-hari berlalu, unta betina itu tinggal di lembah yang sangat luas, makan dari tumbuh-tumbuhan yang ada di lembah tersebut, dan minum dari beberapa mata air di sana. Unta betina itu juga menghasilkan susu yang lazat untuk semua penduduk.
“Biarkan ia hidup bebas mencari makanannya sendiri. Kalian dapat bergiliran memerah susunya. Unta ini tidak akan berhenti mengeluarkan air susu.”,pesan Nabi Soleh السلام عليه

Rancangan Pembunuhan Unta Ajaib

Kedudukan pemuka-pemuka Kaum Tsamud terancam kerana pengaruh mereka semakin berkurang manakala pengikut Nabi soleh semakin bertambah. Jadi mereka berasa dengki dan mula merancang untuk membunuh unta tersebut. Ada sembilan orang yang bertanggung jawab dalam rancangan jahat ini.Suatu malam, setelah orang-orang pergi tidur, kesembilan orang tersebut mengadakan pertemuan. Mereka makan hidangan hingga kenyang, juga meminum air anggur hingga mabuk. Mata mereka pun merah. Mereka berbicara tentang bahayanya posisi Nabi Saleh السلام عليه bagi mereka.
Mereka berkata pada satu sama lain, "Apa yang akan kita lakukan? Bagaimana cara kita melenyapkan Saleh?"
Lalu, salah seorang dari mereka mengatakan, "Aku fikir kita lebih baik melenyapkan unta betinanya. "
Yang lain juga berkata, "Ya, kita lebih baik membunuhnya, karena itu adalah bukti kebenaran risalah Soleh. Ketika kita membunuhnya, maka ia akan menjadi lemah di hadapan kita."
Orang ketiga menambahkan, "Kita bunuh Soleh juga."
Orang keempat bertanya, "Siapa yang akan membunuh untanya?"
Orang kelima pun bertanya, "Siapa yang dapat membunuhnya?"
Lalu orang keenam menjawab, "Aku tahu siapa yang dapat membunuhnya."
Lalu orang ketujuh bertanya, "Siapa dia?"
Dan yang lainnya pun serentak melontarkan pertanyaan serupa. Orang keenam tadi lalu menjawab, "Ia adalah Qaydar, seorang yang tak kenal belas kasihan."
Kemudian semua orang serentak berteriak, "Ya, kami setuju dengan Qaydar, seorang yang tak mengenal belas kasihan!
Hasil dari perancangan itu,terdapat janda cantik dan kaya raya menawarkan dirinya untuk dinikahi dan orangtua yang menawarkan anak-anaknya yang cantik untuk dinikahi jika ada orang yang berhasil membunuh unta itu. Dua hadiah itu sangat memikat kaum Tsamud. Akhirnya, muncul Mushadda bin Muharrij dan Gudar bin Salif. Ia mulai menyusun strategi untuk membunuh unta betina itu.

Pembunuhan Kejam Yang Berdarah!!

Mereka memutuskan untuk membunuh unta betina itu. Salah seorang dari mereka keluar untuk menemui Qaydar. Saat itu tengah malam. Qaydar pun datang dengan membawa pedangnya. Ia lalu minum anggur hingga matanya menjadi Merah. Ia juga menaruh dendam pada unta betina itu, karena telah menjadi simbol kebenaran. Qaydar membenci perbuatan baik, dan ia berperangai kasar. Ketika kesembilan orang jahat itu menawarkan kepadanya sejumlah uang, ia langsung bangkit.
Mereka lalu bertanya kepada Qaydar, "Ke mana kau akan pergi, hai Qaydar?" Qaydar menjawab, "Aku akan membunuh unta itu malam ini juga." Kesembilan orang jahat itu berkata, "Tunggu hingga fajar menyingsing. Unta itu akan pergi ke mata air. Sehingga kau dapat membunuhnya dengan mudah." Qaydar lalu menghabiskan malam itu dengan minum anggur. Wajahnya menjadi menakutkan.
Esok harinya, unta betina dan anaknya bangun dari tidur, mereka pun pergi ke mata air untuk minum. Unta jantan muda bermain dengan gembira. Matahari pun terbit, sehingga padang rumput yang hijau terlihat seperti taman bermain yang indah. Unta jantan muda suka bermain-main di padang rumput itu.
Qaydar, si penjahat itu, tiba-tiba muncul. Ia menghadang unta betina dan anaknya. Qadar bin Salaf dan Mushra bin Muhrajmelempar lembing yang kemudian mengenai kaki unta. Unta pun terjatuh. Kemudian, Qadar menyembelih unta tersebut dengan menggunakan pedangnya. Kaum Tsamud bergembira dengan penyembelihan unta tersebut. Mereka sama sekali tidak mengkhuatirkan azab Allah. Mereka tidak percaya bahawa Allah akan mengazab mereka.
            Ia menghunus pedangnya, sementara unta betina itu mencuba berbagai cara untuk melarikan diri tetapi Qaydar segera memukulnya, dan unta itu pun rebah ke tanah. Lalu orang jahat ini menyembelih lehernya. Si unta betina itu hanya mampu memandang anaknya dengan sedih. Anaknya menjadi ketakutan, sehingga berlari ke arah gunung. Tidak lama kemudian, kesembilan orang jahat itu datang dan mulai menikam unta betina itu dengan belati mereka. Unta betina itu pun bersimbahan darah, dan akhirnya tewas.

فَنَادَوْا صَاحِبَهُمْ فَتَعَاطَىٰ فَعَقَرَ


”Maka mereka memanggil kawannya, lalu kawannya menangkap (unta itu) dan membunuhnya”
(Surah Qamar : 29)
Para penjahat itu tidak puas hati dengan hanya membunuh unta betina itu. Tangan-tangan mereka berlumuran dengan darah unta betina yang tidak bersalah itu. Mereka lalu memotong-motongnya menjadi beberapa bahagian seperti sekawanan serigala mendapat habuannya. Mereka mengejar si unta jantan muda. Unta tersebut menjadi ketakutan, dan lalu memanjat bebatuan di gunung. Ia mencari tempat untuk bersembunyi dari kesembilan orang jahat yang lebih kejam daripada serigala tersebut.
Unta jantan muda itu berhenti di puncak gunung dan melihat ibunya yang telah terpotong-potong oleh belati para penjahat. Ia juga melihat mereka, yang membawa belati, sedang mendaki gunung itu untuk membunuhnya pula. Unta jantan muda itu sudah tidak menemukan tempat untuk lari. Oleh karena itu, ia memandang ke langit dan menggeram tiga kali. Lalu salah seorang dari mereka menikamnya dengan pisau yang tajam. Unta muda itu pun jatuh ke bebatuan, dan berlumuran darah. Kemudian para penjahat itu menyerangnya lagi, dan dengan kejam memotong-motongnya menjadi beberapa bahagian.

Nabi Soleh السلام عليه berasa sedih
Setelah berhasil membunuh unta-unta tersebut, para pemuka kaum Tsamud melangkah menuju rumah Nabi Soleh السلام عليه. Sesampainya di sana, mereka mengatakan telah membunuh unta itu. Mereka juga mecabar Nabi Soleh السلام عليه agar segera menurunkan azab. Nabi Soleh السلام عليه sedih sekaligus marah.
فَعَقَرُوا النَّاقَةَ وَعَتَوْا عَنْ أَمْرِ رَبِّهِمْ وَقَالُوا يَا صَالِحُ ائْتِنَا بِمَا تَعِدُنَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ
“Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Robb. Dan mereka berkata: "Hai Soleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah)".
(Surah Al-Araaf : 77)
Nabi Soleh السلام عليه  lalu berkata kepada mereka, "Nikmatilah urusan di rumahmu selama tiga hari ini, kerana hukuman Allah akan menimpa kalian. Kalian telah menindas orang lain, mengingkari ajaran Allah, dan membunuh unta betina-Nya. Kalian juga tidak menyukai kebaikan." Kaum Tsamud tersebut tidak mahu meminta maaf kepada Nabi Saleh السلام عليه , walaupun mereka telah membunuh unta betina itu. Mereka juga tak mahu bertaubat kepada Allah.
فَعَقَرُوهَا فَقَالَ تَمَتَّعُوا فِي دَارِكُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ ۖ ذَٰلِكَ وَعْدٌ غَيْرُ مَكْذُوبٍ


”Mereka membunuh unta itu, maka berkata Shaleh: "Bersukarialah kamu sekalian di rumahmu selama tiga hari, itu adalah janji yang tidak dapat didustakan". (Hud;65)
Sementara itu, Nabi Saleh السلام عليه dan para pengikutnya pergi untuk melihat unta betina Allah. Namun, mereka tak menemukan apa pun kecuali darah yang menodai tanah dan puncak gunung. Awan hitam pun muncul di kaki langit. Langit terlihat menakutkan. Segala yang indah menjadi hilang, kerana perbuatan orang-orang jahat itu, yang membenci kebaikan. Mereka bahkan membunuh unta betina yang telah memberi mereka susu setiap hari. Mereka membunuh unta betina itu kerana dia menjadi tanda kekuasaan Allah dan bukti kebenaran ajaran Nabi Saleh السلام عليه

فَتَوَلَّىٰ عَنْهُمْ وَقَالَ يَا قَوْمِ لَقَدْ أَبْلَغْتُكُمْ رِسَالَةَ رَبِّي وَنَصَحْتُ لَكُمْ وَلَٰكِنْ لَا تُحِبُّونَ النَّاصِحِينَ


Maka Nabi Soleh السلام عليه meninggalkan mereka seraya berkata: "Hai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat ROBBku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat".
(Surah Al-A’raaf:79)

Rancangan  membunuh Nabi Saleh السلام عليهdan keluarga baginda

Mereka bertemu lagi dan memutuskan untuk membunuh Nabi Soleh السلام عليه di rumahnya. Lalu mereka akan menyeksa para pengikutnya setelah itu. Mereka bergegas menuju rumah Nabi Soleh السلام عليه untuk membunuhnya. Namun, rencana mereka digagalkan oleh Allah  

Sebelum mereka melakukan pembunuhan tersebut, sebuah peristiwa mengerikan terjadi. Tiba-tiba awan hitam berkumpul di langit, menutupi bulan dan bintang-bintang. Lembah-lembah dan pergunungan menjadi gelap gelita. Saat tengah malam, petir menghantam dengan kuat.

Pada hari Khamis, Allah menghujani mereka dengan batu-batu. Wajah mereka berubah menjadi kekuningan. Pada saat itu, pengikut Nabi Soleh السلام عليه naik ke atas gunung untuk menghindari bencana. Pada saat seluruh pengikut Nabi Soleh السلام عليه berada di puncak gunung, tiba-tiba gunung menjadi tinggi menyentuh awan. Burung pun tidak mampu terbang mencapai puncak gunung.

Saat Kedatangan Azab dalam masa 3 hari!!

Pada hari Jumaat, wajah kaum Tsamud yang engkar berubah menjadi merah. Mereka menganggap bahwa hari pertama dan hari kedua merupakan kematian bagi mereka. Oleh karena itu, pada hari ketiga mereka bersukaria. Mereka menganggap hari kematian mereka telah berlalu, padahal pada hari itu azab bagi mereka akan datang. Pada hari itu, wajah mereka telah berubah menjadi hitam. Kaum Tsamud masih menunggu azab yang dijanjikan.

Sehari setelah Nabi Soleh السلام عليه dan para pengikutnya keluar dari negeri Al-Hijr menuju Palestin, muncul awan hitam tebal di langit. Kemudian, terdengarlah suara gemuruh yang sangat dahsyat. Petir menyambar dan membakar negeri Al-Hijr. Tiba-tiba terdengar suara menggelegar yang sangat menakutkan dari langit. Suara itu disertai dengan gempa bumi yang kuat. Demikian cepatnya mereka dihancurkan tanpa bekas. Seakan-akan mereka tidak pernah ada. Kaum Tsamud terbakar seperti rumput kering. Mereka binasa menjadi abu. Tidak seorang pun yang selamat dari azab Allah kecuali yang beriman kepada-Nya

إِنَّا أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ صَيْحَةً وَاحِدَةً فَكَانُوا كَهَشِيمِ الْمُحْتَظِرِ


31. Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka seperti rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang.                                                                                                                                                                             
                                  فَأَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ
 “Kemudian suara yang mengguntur menimpa orang-orang zhalim itu, sehingga mereka mati bergelimpangan di rumahnya.”
(Surah Hud: 67)
كَأَنْ لَمْ يَغْنَوْا فِيهَا ۗ أَلَا إِنَّ ثَمُودَ كَفَرُوا رَبَّهُمْ ۗ أَلَا بُعْدًا لِثَمُودَ


68. seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah, sesungguhnya kaum Tsamud mengingkari Tuhan mereka. Ingatlah, kebinasaanlah bagi kaum Tsamud.
(Surah Hud :68)
فَأَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ
“Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka.”
(Surah Al A’raaf:78)

Nabi Soleh السلام عليه dan Orang Beriman Selamat

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا نَجَّيْنَا صَالِحًا وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِنَّا وَمِنْ خِزْيِ يَوْمِئِذٍ ۗ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ


“Maka tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Soleh beserta orang-orang yang beriman bersama dia dengan rahmat dari Kami dan dari kehinaan di hari itu. Sesungguhnya ROBBmu DIAlah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
(Surah Hud: 66)

Alhamdulillah ,Kisah Nabi Soleh السلام عليه dan pengikutnya serta kaum Tsamud  ini diakhiri dengan Dalil Al-Quraan:
كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ
“Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para Nabi, sebagai pemberi peringatan,”(Surah Al Baqarah: 213)


SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA PEMBACA DI DUNIA DAN AKHIRAT..AAMIIN YA ROBBAL ‘ALAMIIN

0 comments:

Post a Comment