بسم الله الرحمن الرحيم
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah, selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha
dan tempat kamu tinggal. (Muhammad 47: 19)
dan tempat kamu tinggal. (Muhammad 47: 19)
KELEBIHAN DOA NABI YUNUS ALAIHI SALAM.
"Tidak ada Ilah selain Engkau. Maha Suci Engkau. Ya Allah, Sesungguhnya aku adalah termasuk dalam golongan orang-orang zalim"
Surah Ash-Shaffat, Ayat 143-144:
(144) فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ (143) لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
“Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingati Allah. Nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.” (Ash-Shaffat: 143-144)
Di dalam Al-Qur'aan terdapat kisah Nabi Yunus Alaihi Salam yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus Alaihi salam. Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan lepaskan hamba-Nya dari kesusahan atau musibah yang menimpa atau di dalam bahasa zaman sekarang saat-saat kecemasan (emergency) tetapi individu tersebut perlulah seorang mukminin, sama-sama kita ikuti kisah Nabi Yunus Alaihi Salam semoga kita beroleh keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sampai hari pembalasan.
Nama sebenar Nabi Yunus Alaihi Salam adalah Yunus bin Mata atau Zun Nun. Baginda Alaihi Salam adalah seorang Nabi yang mulia yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada kaumnya. Baginda Alaihi Salam menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan (Laa ilaha illaa Allah); Baginda Alaihi Salam mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari kiamat dan memberi amaran kepada mereka dengan neraka dan menjanjikan mereka dengan syurga; Baginda Alaihi Salam memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Nabi Yunus Alaihi Salam senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus Alaihi Salam di mana Baginda Alaihi Salam merasakan keputusannya dari kaumnya. Hati Baginda Alaihi Salam dipenuhi dengan perasaan marah kepada kaumnya kerana mereka tidak beriman. Kemudian Baginda Alaihi Salam keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka. Allah Subhanahu Wa Ta'ala menceritakan hal itu dalam firman-Nya :
وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“ Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada Ilah selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim." (Surah al-Anbiya’ ayat 87)
Tidak ada seorang pun yang mengetahui perasaan dalam diri Nabi Yunus Alaihi Salam selain Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Nabi Yunus Alaihi Salam cukup marah kepada kaumnya kerana keengganan mereka untuk beriman (menerima Laa ilaha illa Allah). Dalam keadaan demikian, Baginda Alaihi Salam meninggalkan kaumnya.
Baginda Alaihi Salam pergi ke tepi laut dan menaiki kapal yang dapat memindahkannya ke tempat yang lain. Allah Subhanahu Wa Ta'ala belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk menyuruh Baginda Alaihi Salam meninggalkan kaumnya. Nabi Yunus Alaihi Salam mengira bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana dia meninggalkan kaumnya itu. Saat itu Nabi Yunus Alaihi Salam seakan-akan lupa bahawa seorang nabi diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Taufik dan hidayah itu adalah hak Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk diberikan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan menyerahkan sepenuhnya masalah berjaya atau tidak kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala semata-mata.
Diringkaskan cerita setelah undian dibuat sebanyak tiga kali Nabi Yunus Alaihi Salam termasuk penumpang kapal yang akan di campakkan kelaut disebabkan untuk mengurangkan beban kapal ketika laut bergeloran untuk mengelakkan kapal karam.
Nabi Yunus Alaihi Salam sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam entah ke mana...
Tiga kegelapan yang di alami oleh Nabi Yunus Alaihi Salam iaitu:
1. kegelapan di dalam perut ikan,
2. kegelapan di dasar lautan,
3. kegelapan malam.
Nabi Yunus Alaihi Salam merasakan bahawa dirinya telah mati. Baginda Alaihi Salam mencuba menggerakkan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, Baginda Alaihi Salam masih hidup. Baginda Alaihi Salam terpenjara dalam tiga kegelapan.
Nabi Yunus Alaihi Salam mulai menangis dan bertasbih kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Baginda Alaihi Salam mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat Baginda Alaihi Salam terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Baginda Alaihi Salam mengatakan:
(Tidak ada Ilah selain Engkau, Maha Suci Engkau.
Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)
Ketika terpenjara di perut ikan, Baginda Alaihi Salam tetap bertasbih kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ikan itu sendiri berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus Alaihi Salam masih bertasbih kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Baginda Alaihi Salam tidak henti-hentinya bertasbih dan menangis. Baginda Alaihi Salam tidak makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Baginda Alaihi Salam berpuasa dan berbuka dengan tasbih.
Ikan-ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus Alaihi Salam. Tasbih itu berasal dari perut ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.
Ikan paus yang memakan Nabi Yunus Alaihi Salam itu terbangun dan mendengar suara-suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan-hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka bertasbih kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dan ia mulai menyadari bahawa ia sedang menelan seorang Nabi.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala melihat ketulusan taubat Nabi Yunus Alaihi Salam. Allah Subhanahu Wa Ta'ala mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta'ala menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Nabi Yunus Alaihi Salam ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Ikan itu pun mentaati perintah Ilah Allah. Tubuh Nabi Yunus Alaihi Salam merasakan kepanasan di perut ikan. Baginda Alaihi Salam sedang sakit tenat, lalu matahari bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta'ala menumbuhkan pohon Yaqthin (jenis labu), iaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar matahari. Dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.
Allah Subhanallahu Ta'ala berfirman maksudnya :
(141)وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ (139) إِذْ أَبَقَ إِلَى الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ (140) فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ الْمُدْحَضِينَ
(144)فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ (142) فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ(143) لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
(147)فَنَبَذْنَاهُ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ سَقِيمٌ (145) وَأَنبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِّن يَقْطِينٍ (146) وَأَرْسَلْنَاهُ إِلَىٰ مِائَةِ أَلْفٍ أَوْ يَزِيدُونَ
(148)فَآمَنُوا فَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَىٰ حِينٍ
“Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut undi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (Surah as-Saffat ayat 139-148)
Firman-Nya lagi yang bermaksud :
وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي
(88)كُنتُ مِنَ الظَّالِمِين (87)فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ ۚ وَكَذَٰلِكَ نُنجِي الْمُؤْمِنِين
“Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada Ilah selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman." (Surah al-Anbiya’ ayat 87-88)
Nabi Yunus Alaihi Salam adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada mereka. Seharusnya Nabi Yunus Alaihi Salam menyampaikan dakwah (Laa ilaha illaa Allah) di jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Nabi Yunus Alaihi Salam tidak peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas Baginda Alaihi Salam hanya sekadar menyampaikan agama. Keluarnya Baginda Alaihi Salam dari kampung halaman kaumnya dalam keadaan mereka kufur adalah dilarang melainkan mendapat wahyu daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala seperti Nabi Luth Alaihi Salam di arahkan keluar daripada kampung halamannya kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala ingin membinasakannya.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan suatu pelajaran kepada Nabi Yunus Alaihi Salam dalam hal dakwah di jalan-Nya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah batasan dakwahnya dan Baginda Alaihi Salam tidak perlu bimbang jika mereka tidak beriman dan tidak patut marah kepada mereka kerana petunjuk dan hidayah adalah hak mutlak Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman maksudnya :
فَلَوْلَا كَانَتْ قَرْيَةٌ آمَنَتْ فَنَفَعَهَا إِيمَانُهَا إِلَّا قَوْمَ يُونُسَ لَمَّا آمَنُوا كَشَفْنَا عَنْهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَىٰ حِينٍ
“Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Nabi Yunus Alaihi Salam? Tatkala mereka (kaum Nabi Yunus Alaihi Salam itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu yang tertentu.”
(Surah Yunus ayat 98)
Marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah Nabi Yunus Alaihi Salam ini bahawa setiap orang mukmin yang menjadi pendakwah perlulah bekerja menyampaikan risalah Laa ilaha illaa Allah kepada manusia dengan cara yang hikmah.Taufik dan hidayah itu adalah hak mutlak Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan Dia akan memberikan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Kita boleh berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala membuka pintu hati-hati mereka untuk beriman kepada-Nya.
Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus Alaihi Salam semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.
Sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus Alaihi Salam sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
Sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus Alaihi Salam.
(Tidak ada Ilah selain Engkau, Maha Suci Engkau.
Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)
Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha Inshaa-Allah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.
0 comments:
Post a Comment